Sunday, September 14, 2008

"Kunun"nya ISA Tidak Diguna Sewenang-wenangnya

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan konkrit, termasuk terhadap penulis blog, Raja Petra Kamaruddin.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, segala tindakan yang diambil berdasarkan bukti kukuh yang menunjukkan seseorang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Abdullah berkata, penahanan Raja Petra dibuat mengikut kuasa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengikuti perkembangan penulisan dan tindakan beliau bagi memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dalam kenyataannya di sini malam tadi, menegaskan penahanan penulis Raja Petra mengikut ISA dilakukan kerana tindakannya boleh mengancam keselamatan negara.

-Berita Harian Online

TP - Tak kan guna tanpa alasan konkrit??? tahan Petra Botak ada alasan konkrit??? konkrit sangat ke??? ketenteraman awam terjejas??? ada rusuhan ke??? dekat mana??? yang aku nampak, rusuhan tu ada dalam kepala otak Pak Lah je... Pak Lah "turrr..!"

Tulisan Petra Botak menjejas ketenteraman awam??? ye ke??? kat mana tang "tak tenteram" tu???
Mengancam keselamatan negara ke, mengancam kedudukan UMNO/BN??? ke... artikel tu sebagai alasan je..?

Petra Botak ni pun 1 hal... x tau pasal agama, x yah la gatak-gatal nak jadi Ustaz... kan dah kene..! macam mana nak lawan Bijan???


Nape KERAjaan UMNO/BN tak hantar Petra Botak dekat majlis agama??? kalau dah Petra Botak hina agama, hantar la Petra Botak dekat majlis agama, bagi tazkirah... kasi ilmu agama...


KERAjaan UMNO/BN "turrr..!"

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?