Sunday, September 07, 2008

Macam Biasa Lahhh...!!!

RANTAU PANJANG: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menasihati semua pihak supaya tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai kes Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail memandangkan kes berkenaan sedang dalam proses siasatan.

Beliau berkata pihak polis sedang menyiasat kenyataan Ahmad yang dikatakan berunsur hasutan namun enggan mengulas lanjut tentang perkembangan siasatan berkenaan yang disifatkan masih terlalu awal.

"Siasatan terhadap kes ini merupakan siasatan biasa dan mengikut prosedur biasa, kalau hasutan kita akan siasat bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Timbalan Ketua Polis Negara di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.

TP - kah kah kah kah kah kah..! Dah ku duga ini akan berlaku... kah kah kah kah kah...

Statement ni memang dah selalu lalu dah aku dengar... "mengikut prosedur biasa"... kah kah kah kah kah... macam biase lah... lepas ni kes akan ditutup mengikut prosedur biase...

Tak dak kes... oi..! orang UMNO/BN mana ade wat silap oi..! hangpa ni haprak betoi... tak payah siasat la... kalau tak percaya, cuba hangpa suruh dia sumpah! hah hah hah hah hah..!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?