BAKU (Azerbaijan), 3 Sept (Bernama) -- Maklumat yang tidak berat sebelah amat diperlukan oleh orang ramai semasa berhadapan dengan ancaman-ancaman seperti keganasan, gerakan pemisah, ekstremis agama dan jenayah merentasi sempadan, kata Ketua Pengarah Agensi Telegraf Negara Azerbaijan (AzerTAc) Aslan Aslanov.
Bercakap pada majlis perasmian mesyuarat ke-30 lembaga eksekutif Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) di sini hari Selasa, beliau berkata dalam dunia integrasi dan globalisasi kontemporari, akses kepada maklumat yang sedemikian adalah satu keperluan.
Menurutnya semasa dialog ketamadunan antara Timur dan Barat sering menjadi tajuk perbincangan sehingga kini, masih ada beberapa pertubuhan media yang berterusan menyebarkan maklumat yang berat sebelah dan tidak benar, adakalanya sehingga ke tahap menghina agama atau nilai-nilai nasional.
"Ini tidak lain hanya usaha menanam kebencian dan nilai-nilai ekstrem," katanya.
Aslan berharap dengan penganjuran mesyuarat lembaga eksekutif OANA di Azerbaijan, yang membawa tema “Information for all in the globalising world”, ia akan membuahkan cadangan-cadangan mengenai bagaimana memastikan penyebaran berita-berita yang tidak berat sebelah dan objektif dengan pantas di seluruh dunia.
OANA ketika ini dianggotai 41 agensi berita dari 33 negara, termasuk Bernama dari Malaysia, Antara dari Indonesia, Xinhua dari China, Kyodo dari Jepun, Yonhap dari Korea Selatan, IRNA dari Iran dan Anadolu dari Turki.
Pada mesyuarat itu Bernama diwakili oleh pemangku Pengurus Besarnya Visvakumar Sangiah dan Ketua Pengarang Yong Soo Heong.
Perwakilan-perwakilan ke mesyuarat itu turut mengadakan mesyuarat dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, di pejabatnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Antara Dr Ahmad Muchlis Yusuf, yang kini adalah Presiden OANA berkata keutamaan OANA di bawah kepimpinan Antara tahun ini, selepas agensi berita nasional Indonesia itu mengambil alih kepimpinan dari Bernama tahun lepas, adalah untuk membina kerjasama rapat dalam satu program yang dikenali sebagai 'Pengukuhan Dalaman'.
Beliau berkata laman web OANA, http://oananews.org akan ditampilkan supaya lebih mesra pengguna, manakala Sekretariat OANA akan bekerja keras membangunkan pentadbiran kewangan yang lebih efisien dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anggota.
Menurutnya pada tahun 2009, OANA akan memberi lebih banyak tumpuan kepada hubungan luar dan membangunkan perniagaan serta kerjasama komersil.
AzerTAc ditubuhkan pada Mac 1920 semasa ia menjadi sebuah republik demokratik, namun sebulan kemudian ia menjadi cawangan kepada agensi berita Soviet, TASS, apabila Soviet Union mula bertapak di Azerbaijan.
Namun sejak 1992, AzerTAc menjadi agensi berita rasmi Azerbaijan apabila negara itu mencapai kemerdekaan selepas kejatuhan Soviet Union. AzerTAc menjadi anggota OANA hanya pada 2003, tapi dalam tempoh yang singkat agensi berita itu, yang melangkah maju seiring dengan kemajuan Azerbaijan yang merupakan ekonomi paling pesat berkembang di dunia, menjadi anggota Lembaga Eksekutif OANA pada bulan Disember tahun lepas. Ketika ini ia membekalkan berita-berita dalam bahasa Azerbaijani, bahasa Inggeris, Rusia dan Jerman.
Aslan berkata pejabat-pejabat AzerTAc di luar negara terletak di Ankara, Moscow, Washington, Paris, Vienna, Kiev, Tehran, Tbilisi dan Asia Tengah.
"Kami merancang untuk membuka lebih banyak pejabat di lain-lain negara dan menawarkan berita dalam lebih banyak bahasa," katanya.
TP - Malaysia berani ke buat isitem maklumat terbuka macam ni? aku rasa kalau Malaysia buat pun, mungkin tak sampai sebulan...... tut tut tut... engage... block by government... kah kah kah kah kah...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?