Monday, September 22, 2008

Malaysia Tidak Akan Tambat Semula Ringgit

PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Malaysia tidak akan menambat semula ringgit, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita berkeyakinan tentang kedudukan ringgit dan mata wang tempatan itu yang mencerminkan nilai sebenarnya," kata Najib di mesyuarat sulungnya di Kementeri Kewangan di sini, Isnin.

Sehingga jam 9.08 pagi, ringgit dicatatkan lebih tinggi di paras 3.4120/4170 berbanding dolar AS di paras penutup 3.4570/4620 yang dicatatkan pada hari Jumaat.

Sabtu lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar berbanding mata wang lain.

Najib, yang sebelum ini merupakan Menteri Pertahanan, telah bertukar portfolio dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

1 comment:

  1. Tak payah tambat lah.

    Bukan nya kambin.

    Biaq dia terapong turun naik.

    Apa salahnya?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?