Sunday, September 21, 2008

MCA Desak Kerajaan Kaji Semula ISA

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- MCA terus mendesak kerajaan supaya mengkaji semula pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi memelihara kepentingan rakyat.

Presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting berkata parti itu akan terus memberi pandangan dan pendapat terhadap ISA sama ada ia perlu dikaji semula atau dihapuskan sama sekali.

Ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA Wilayah Persekutuan di sini hari Ahad, Ong juga berkata MCA akan terus membangkitkan perkara itu di dalam Kabinet.

Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng pula berkata sudah sampai masanya kerajaan peka terhadap perasaan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

"Akta ini (ISA) tidak disukai oleh rakyat bukan hanya orang Cina tetapi kaum Melayu dan India juga tidak puas hati. Saya harap Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) boleh mengambil berat pandangan daripada rakyat yang tidak mahu lagi akta ini," katanya kepada pemberita.

Chua yang kesal dengan penangkapan penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng di bawah akta itu sebelum ini berkata, penangkapan tersebut menimbulkan kemarahan rakyat.

"Sekurang-kurangnya rakyat hendak akta ini dikaji semula supaya kita dapat memperbetulkan apa yang tidak adil. Inilah hasrat rakyat dan hasrat saya sebagai anggota di peringkat akar umbi MCA," katanya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?