Friday, September 05, 2008

MCA Pun Nak Tinggal BN???

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat hari ini menyeru semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya berganding bahu sebagai sebuah pasukan bagi mengatasi masalah dan tekanan yang mereka hadapi selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Katanya BN perlu menilai semula dan kembali mengamalkan konsep perkongsian kuasa yang menjadi amalannya selama ini.

Beliau berkata walaupun Umno adalah tulang belakang BN, tetapi ia tidak mempunyai penguasaan terhadap parti gabungan itu dan oleh yang demikian, Umno perlu menimbang secara serius kebimbangan yang dirasai oleh parti lain.

"MCA boleh tinggalkan BN, tapi itu hanyalah antara pilihan yang ada. Langkah paling penting dan tepat yang patut dilakukan sekarang ialah pemimpin semua parti komponen berganding bahu bagi menangani isu yang sedang dihadapi ini," katanya kepada pemberita di sini.

TP - memula SAPP cerita pasai nak tinggal Barisan Nasiyonal... pas tu tadi Gerakan pun cerita nak tinggal Barisan Nasiyonal jugak... ni MCA pulak cerita nak tinggal Barisan Nasiyonal... Pak Lah cakap Tak Daaaaaakkk...!(sambil menguap panjang)...

Tak lama dah tuuu......

1 comment:

  1. Kalau MCA keluar BN, nanti korang semua senyum sampai telinga la.. bentang red carpet untuk ajak MCA join PR.

    Dulu pun DSAI org UMNO gak, korang kutuk gak. Stor kunyit la, al juburi la..entah apa apa lagi. Tapi skg korang sembah dia mcm dewa suci gak.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?