MUAR: Lembaga Disiplin perlu diperkukuhkan bagi membolehkannya bertindak tegas menangani gejala politik wang menjelang pemilihan parti di peringkat bahagian bulan depan dan Majlis Tertinggi pada Disember ini.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menyarankan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini setelah dimaklumkan terdapat arah aliran peningkatan amalan politik wang dalam mesyuarat-mesyuarat pemilihan cawangan yang berakhir bulan lepas.
"Saya agak bimbang kerana sudah nampak petanda amalan politik wang agak meluas pada mesyuarat-mesyuarat cawangan kali ini berbanding mesyuarat sebelum ini.
"Saya bimbang kalau trend sebegini berlarutan atau menular di mesyuarat-mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung parti, ia akan menimbulkan masalah besar kepada parti," katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama pemimpin dan anggota Umno Bahagian Pagoh di sini malam tadi.
Selain menambah bilangan anggota Lembaga disiplin dan jawatankuasa siasatan, beliau mencadangkan agar anggota Umno secara sukarela mengawasi perilaku mereka yang tidak mematuhi peraturan dan perlembagaan parti itu.
"Pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat perlu sanggup menjadi mata dan telinga Umno kerana tenaga kerja di Lembaga Disiplin amat terbatas," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak memberikan laporan palsu kepada Lembaga Disiplin.
"Kalau tidak ada bukti atau berbohong, maka dia akan dikenakan tindakan di bawah peraturan parti yang sedia ada," kata beliau selanjutnya sambil memberi contoh bagaimana seorang ahli dikenakan tindakan setelah membuat aduan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) barubaru ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berharap lembaga tersebut dapat bertindak terhadap mereka yang melanggar peraturan dan etika parti itu sebelum perhimpunan agung parti Disember ini.
-mSTAR Online
mana ada politik wang. semua tu sedekah. B***T pun orang kata sedekah, tak kan duit bukan sedekah.
ReplyDeleteDialog :
ORG AUTA : BOS, ADA PEREMPUAN KAT LUAR NAK SEDEKAH.
BOS AUTA : TAKPALAH, AKU TAK TERIMA SEDEKAH PEREMPUAN, AKU TERIMA DARI LAKI JAMBU JE.
ORG AUTA : JANGAN BOS, NABI TAK NGAKU UMAT.
BOS AUTA : TAKPA, ORG KITA TERIMA AKU. HANG TAK PERCAYA, KALAU JAMBU CAM BUDAK BANCUH COFFEE TU, AKU MANA TAHAN