Sunday, September 14, 2008

Najib Rela Memberontak Dalam Paksa

Dunia mentertawakan kemampuan kerajaan Pak Lah Tiga Beranak membenteras kebangkitan rakyat. Justeru apa yang Najib atau Muhyiddin harus takutkan? Kot ditahan di bawah ISA sekali pun, paling lama tidak sampai 24 jam. Tidak percaya? Tanya Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily.

Kelmarin akhbar internet The Malaysian Insider telah menghebahkan maklumat sulit berikut.

Najib's predicament

Kuala Lumpur, Sept 13 Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is in a dilemma.



If he does not break with the two-year transition plan and move to oust Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, he risks having his dirty linen hung out in public by Tun Dr Mahathir Mohamad.



Sources told the Malaysian Insider that the ultimatum was given to Najib by the former prime minister at a recent meeting.' In Perlis yesterday, Datuk Mukhriz Mahathir said his father had told Najib to "go against Abdullah or expect to be finished off".



Najib has reason to be concerned. He served under Dr Mahathir for more than two decades and the latter was privy to all his secrets.

Mukhriz memberitahu bapanya Tun Dr Mahathir telah memberi kata dua kepada Najib – lawan Pak Lah atau bersedia ditamatkan riwayat politik.



Tanpa perlu banyak fikir umum dapat menangkap implikasi ugutan tersebut: Najib yang berkhidmat lebih dari dua dekad di bawah Mahathir pastinya mempunyai terlalu banyak onar rahsia yang Mahathir telah jilidkan, walaupun mungkin tiada satu dari onar-onar itu yang setanding sensasinya dengan ‘misteri Altantunya.’



Dengan pendedahan ini maka terjawablah dua soalan besar yang membingungkan pemerhati politik Malaysia, termasuk Tuan Guru Nik Aziz.

  • Pertama, persoalan mengapa Tun Dr Mahathir ingin menganggotai semula UMNO. Jawapannya untuk menghalalkan pergerakan bebas beliau di kalangan ahli UMNO di musim pemilihan peringkat bahagian di bulan Oktober kelak.

  • Kedua, kemusykilan mengapa dengan segala beban begasi moral angkara sendiri dan punca Rosmah yang dipikul, Najib sanggup kelihatan derhaka kepada Pak Lah.

Malah sehubungan persoalan kedua, dalam penulisan bertajuk Pemberontakan UMNO Bermula saya merumuskan betapa saya takjub membaca komen TPM Najib tentang ‘pelan peralihan kuasa UMNO’ yang mana sebelum ini, ditolak tepi 3 juta ahli UMNO, hanya Pak Lah dan dia, boleh tentukan.



Berita seputar keangkuhan, dan sikap menjadikan jawatan dalam UMNO itu laksana harta peninggalan emak bapak penyandang boleh di amati dari tajuk-tajuk berita berikut (dari arkib Utusan Malaysia).

Dan sememangnya pun perkara ini tidak disenangi orang-orang besar UMNO. Mendedahkan rahsia di sebalik pelan Pak Lah memanjangkan hayat politiknya, Rais Yatim telah dipetik memperihalkan:

… Rais berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dalam permukiman UMNO Jun lalu.



''Semasa permukiman tempoh hari, saya mewakili kumpulan yang dipengerusikan Muhyiddin yang menyuarakan supaya peralihan kuasa dilakukan pada Disember ini.



''Tapi akhirnya pandangan itu dirombak dan disisipkan dengan perundingan antara dua pemimpin (Abdullah dan Najib)," katanya.

Pendedahan Rais itu boleh dianggap sebagai sepak mula yang merasmikan bulan Ramadhan tahun ini sebagai ‘musim melondeh rahsia UMNO yang di bawah tenyehan Pak Lah.’



-Boneka, Penyu dan SPA

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?