VIENNA - Harga minyak mentah jatuh sehingga menghampiri paras AS$101 (RM348) setong semalam sekali gus menjadikannya harga terendah dalam tempoh lima bulan.
Pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi menerima baik perkembangan itu tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengubah kouta pengeluaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
"Kami sudah bekerja keras sejak Jun lalu untuk memastikan harga berada pada paras seperti ketika ini.
"Saya fikir semuanya seimbang," kata Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Nuaimi.
Arab Saudi sebelum ini menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara untuk meningkatkan pengeluaran berikutan harga komoditi itu yang terlalu tinggi sehingga mencecah AS$147 (RM504) setong.
Negara itu juga bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran tambahan sebanyak 500,000 tong sehari bagi mengelak harga terus meningkat.
Sekumpulan penganalisis percaya anggota OPEC akan mengurangkan pengeluaran secara senyap-senyap bagi mengelak sebarang pengurangan harga.
Dasar OPEC menetapkan pengeluaran sebanyak 29.67 juta tong sehari. Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Oktober menurun kepada AS$101.27 (RM349.384) dalam dagangan di London semalam. - AFP
TP - Orang tua yang pakai napkin tu tak tau ke? dengar cerita haritu ada satu "gerombolan" dibagi tugas khas pantau rege minyak... ni dah turun minimum dah ni... tak leh turun lagi ke rege minyak Malaysia?
Ke Pak Lah nak kene turun cara paksa???
AKU TIDUR DALAM IMAN...
ReplyDeleteedyes...tido bergaya tuhh...biar tido...asal bergaya...
ReplyDeleteOrg tua tu tengah tido.. kalau nak kejut dia.. simbah jer minyak..
ReplyDeletekalau tak sedor jugak.. taruk api..