Friday, September 19, 2008

Patut La Saham Merudum..!

PULAU PINANG, 18 Sept (Bernama) -- Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan mendapat maklum balas positif dan diterima baik oleh komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa.

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pelantikan itu memberi kesan positif kepada ekonomi negara dan mampu menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.

"Ia akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara kerana pelabur yakin dan nampak dengan kebolehan beliau (Najib). Pelantikan itu juga memberi kesan yang baik kepada pasaran modal negara.

"Saya fikir pelantikan ini kena pada masanya memandangkan Datuk Seri Najib sendiri mempunyai pengalaman yang luas sejak beliau menjadi menteri Kabinet lagi dan kita juga tahu beliau banyak memberi cadangan berkaitan ekonomi dan kewangan terutama dalam mesyuarat Kabinet dan komuniti pelabur," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Wisma Yatim di sini malam ini. Turut hadir pada majlis itu adalah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada timbalannya, Najib berkuat kuasa serta-merta sebagai sebahagian daripada proses peralihan kuasa yang dipersetujui pada 2010.

Berkuat kuasa serta-merta juga, Abdullah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.

Nor Mohamed yakin dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ini, Timbalan Perdana Menteri dapat menghadapi dan mengatasi cabaran serta membantu Abdullah untuk membawa Malaysia ke era yang gemilang dalam semua segi terutama daripada segi kewangan dan ekonomi.

"Peranan saya masih sama iaitu Menteri Kewangan Kedua dan tiada perubahan apa-apa. Saya juga akan bantu Najib seperti mana saya bantu Perdana Menteri sebelum ini," katanya.

TP - Manyak hailan... lapat sokongan tapi itu BSKL dalam dali mula yual beli sampai tutup ada tuloooooonnn saja... apa pasai ah? itu kita panggey "positive" ka?... aiyoh... ini negala sula gila la...

2 comments:

  1. Saya rasa maksud positif itu ialah merudum.

    Kira cakap orang politik lah itu!

    ReplyDelete
  2. Yarabbiii!!.. Ini sudah melepasi tahap tipu nasional. Ini pun bukan cakap orang politik. Ini percakapan orang gila kuasa dan sewel. Isk!.. Sabar jelah aku, member aku yg main saham pun cakap skang tak boleh nak main, pasaran jatuh gila babeng..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?