Thursday, September 25, 2008

Pemimpin agama selar kenyataan Zul Hassan

PUTRAJAYA 24 Sept. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.

"Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

-Utusan Malaysia Online

TP - Tok Mufti... orang lagu ni elok kita cucuh api rambut dia tu pas tu biaq dia lari mana dia nak. macam bebola api tuh...

Aku ingat kerajaan bagi jawatan sebab akai cukup, rupa-rupanya ada jugak yang akai tak cukup boleh dapat jawatan... ini macam negara boleh mampusss...

Jangan sampai satu masa esok ada yang bawak datang pompuan dekat pemintak sedekah.

Zul... hang ni bukan bodo... ni dah tahap, lembu pun tak ngaku geng dah ni...

Khak Ptuih..!

1 comment:

  1. memalukan pkr jer..ckp ikut sedap mulut...bangang..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?