Monday, September 01, 2008

Perak tak tumbang: Tajol Rosli Sembunyik

PETALING JAYA: Sasaran 31 Ogos bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat tidak kesampaian.



Ternyata keyakinan yang dilahirkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (gambar atas) awal bulan ini kerajaan negeri pimpinan pembangkang itu akan jatuh menjelang sambutan Merdeka tidak menjadi kenyataan.



Tajol ketika dihubungi mStar Online hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.



“Tak payah komenlah,” katanya ringkas.



Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar bawah) yang turut dihubungi berkata, beliau juga menunggu perkara itu berlaku, namun ia ternyata tidak menjadi kenyataan.



“Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih mempunyai 31 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pada 31 Ogos. Tiada perubahan... tiada yang melompat (parti),” katanya.



Mohammad Nizar berkata, beliau ada bertemu dengan Tajol ketika upacara perbarisan Hari Merdeka peringkat negeri di Ipoh semalam, namun katanya mereka sekadar bersalam dan bertanya khabar.



“Saya jumpa beliau... saya tunggu juga kalau-kalau ada pengumuman yang beliau hendak lakukan tapi tak ada pula.



“Saya bersalaman... bertanya khabar dan ucapkan Selamat Hari Merdeka dan selamat berpuasa kepada beliau. Tiada pula tanda-tanda yang beliau akan menggulingkan kerajaan,” katanya.



Ketika ditanya kemungkinan Tajol mempunyai tarikh lain selepas ini untuk mengambil alih kerajaan pimpinannya, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.



“Itu kenalah tanya dia. Saya tidak tahu kenapa ia tidak berlaku (ambil alih kerajaan)...ada perkara-perkara yang tidak tercapai.



“Namun, apa yang penting matlamat kerajaan Pakatan Rakyat pada hari merdeka adalah memerdekakan negeri Perak dari kejahilan dan semangat perkauman,” katanya.



Bulan lalu, Tajol yang juga Pengerusi BN Perak mengharapkan lebih daripada dua ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN dan beliau turut menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS sekiranya parti itu bersedia membentuk kerajaan campuran dengan BN.

-mSTAR Online

TP - Kah kah kah kah kah... member aku kat Ipoh mesej aku petang tadi... Tajol Rosli order 6 Kotak besar tisu... betul ke? kalau tak cukup, boleh tambah lagi 6 lori... amacam?

Lenkali jangan cakap besar... awak tu pencacai je... apa la yang bengap sangat pencacai pi offer jawatan Menteri Besar dekat Menteri Besar?... Hang beghanak tak cukup bulan ka Tajol?

Daripada ngko berangan nak ambik alih kerajaan negeri, baik la ngko perbetol dulu struktur parti kat perak nu Tajol... loqlaq betoi la hang nih...

Budak Tajol ni dah meghoyan dah kot... tak pon dah issem... kesiaaannn...

4 comments:

  1. Wah TP!!!,..gelak besar nampak,..
    (Sombongnya,..)

    31 Ogos dah lepaih,.

    Kita tunggu lak 16 Sept,.

    Sama2 kita tgk sapa yg akan gelak besar dan sapa yg kena gelak,..

    ReplyDelete
  2. Wharkhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakha..!

    ReplyDelete
  3. Gelak besar seorg peliwat,.krn mangsa liwatnya dihina,..bukan DIRInya,.

    MasyaAllah,..apa nak jadi dgn umat islam skrg,.

    Seorg beragama islam bersumpah dgn nama Allah didlm masjid dgn Al-Quran ditangan,.ditertawa dan dihina oleh org spt TP,..

    Tapi seorg kafir(subramaniam)bersumpah depan "Commissions for Oath"(akuan bersumpah-bayar rm4),. dibela dan dianggap kebenaran hakiki,.

    Adakah "Commissions for Oath" lebing Agung dari Allah s.w.t,..??

    Adakah rm4 lebih bernilai dari Al-Quran,..???

    Ya Allah,.Kau bukakanlah pintu hati pd mrk yg buta akan petunjukMU

    ReplyDelete
  4. Aku suka bila ngko bercakap macamm ahli agama...

    tapi aku musykil macam mana seorang yang "menonjolkan" diri macam ahli agama, boleh melabel seseorang itu sebagai peliwat tanpa memberikan bukti...

    Islam apa ngko ni?HadHari???

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?