Tuesday, September 23, 2008

Petra Ke Kamunting

Dikemaskini 3:57 pm Raja Petra Kamaruddin dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata peguamnya.

Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

"Tindakan menteri berkenaan menandatanganinya mengikut seksyen 8 semalam, tidak boleh diterima sama sekali," kata peguam Malik Imtiaz yang mewakili Raja Petra.

bm version internal security act section 73 bracket 1 and 8 bracket 1 230908Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.



Habeas corpus adalah permohonan supaya tahanan di bawah ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut, yang menjadikannya tidak sah.



Hakim Suraya Othman meminta peguambela mengemukakan hujah berhubung kes tersebut pada 28 Oktober.



Awal pagi ini, isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa perintah tahanan tersebut, telah dikeluarkan oleh menteri berkenaan semalam.



"Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan beliau akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa bicara. Ini adalah berita paling buruk yang saya boleh terima, tetapi kami akan terus berusaha untuk membebaskannya," kata Marina dalam keadaan sebak.



Marina menyifatkannya sebagai satu taktik kotor kerajaan kerana "mereka tahu kami dalam proses untuk mendapatkan pembebasannya di mahkamah, tetapi saya sudah menjangkanya".



Menurut para wartawan yang menunggu di Kamunting, Raja Petra tiba di kem tahanan itu pada jam 11.50 pagi dengan menaiki sebuah van putih yang bercermin gelap.



Bekas menteri turut hadir



Turut hadir di mahkamah pagi ini ialah bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang duduk di sebelah Marina dalam dewan mahkamah.



raja petra habeas corpus court 230908 03Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.

Dua orang lagi - wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 - telah dibebaskan.

Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.

Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.

Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?