JOHOR BAHRU 6 Sept. — Polis mendapat perintah menahan reman anak lelaki seorang pemimpin kanan MIC Negeri berhubung siasatan pembunuhan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh Datuk S.Krishnasamy pada Januari lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Shariff ketika dihubungi mengesahkan perintah tahanan reman yang diperoleh polis terhadap anak lelaki pemimpin MIC Negeri itu daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Sebelum itu, lelaki berusia 36 tahun yang turut memegang jawatan kanan di dalam pergerakan parti itu dibawa ke ibu pejabat polis tersebut kira-kira 7.30 pagi dari lokap Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor.
Dia ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman di Seri Alam kira-kira 12 tengah hari semalam, untuk membantu siasatan polis tentang kejadian itu.
Mendiang Krishnasamy yang juga Timbalan Pengerusi MIC Negeri ditembak mati dari jarak dekat ketika berada dalam lif di Ibu Pejabat MIC Negeri di Jalan Segget, kira-kira 2 petang pada 11 Januari lepas.
-Utusan Malaysia Online
TP - Ni la... orang sibuk nak lompat, dia sibuk nak membunuh... apa punya sengal..!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?