PKR menafikan menganjurkan perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "perdana menteri keenam" seperti poster-poster yang disebarkan di beberapa tempat di ibu kota.
"PKR dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diuar-uarkan," kata setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim hari ini.
"Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur."
Poster itu menyebut, antaranya, perhimpunan menyambut Anwar akan diadakan jam 10 pagi di situ.
Tambahnya, PKR juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang maklumat palsu yang "bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik antara PKR dan Raja-raja Melayu."
-malaysiakini
Ni tentu kerja puak2 UMNO/BN..xpyh fikir panjang2 sah2 ni kerja dorang..Usaha ini untuk membuat kekecohan disamping akan adanya penahanan dibawah ISA lagi..Pastu kita boleh dengar jawapan "standard" dari Sheik Al-Botak..untuk menjaga ketenteraman awam..dah tahu dah....
ReplyDelete