Bukan Tok Selampit yang kata, tapi 'Orang' lain kata.
Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu ni jumud, fanatik sangat dengan PAS, sehingga sanggup bermasam muka sesama jiran disebabkan hal parti, sanggup buat dua jemaah dalam masjid disebabkan imam tu orang UMNO.
Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu suka bergaduh dan ber'gocoh' dengan orang UMNO disebabkan perselisihan faham pasal politik.
Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu je suka dan hendak sangat bermuzakarah dan perkongsian kuasa dengan UMNO, sebab nak menang mudah. Disebabkan itu tiada petugas dihantar ke PRK Permatang Pauh tempoh hari.
Orang lain kata,
Orang PAS Terengganu hanya mengharapkan Ceramah je boleh memenangkan PAS di Terengganu tanpa membuat kerja asas Pilihanraya seperti daftar pemilih, walaupun di Terengganu ada Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Lebih suka menyekat Bas, dari membersihkan nama di Daftar Pemilih Tambahan yang dikeluarkan oleh SPR.
Kalau betulah apa yang Orang lain kata itu, maka tidak mustahil PAS akan terus kalah di Terengganu.
Harap-harap ia bukan situasi yang betul-betul berlaku di Terengganu.
-Tok Selampit Bercerihik
tok selampit,ana pun tak paham la dengan PAS tganu ni, ke mana perginya tenaga muda PAS tganu?
ReplyDeletediharap PAS tganu ubah yang mana patut demi kesejahteraan rakyat
pas terengganu dulu yg aku tahu, agak extreme, isu khutbah jumaat 2 imam biasa aku dengar.
ReplyDeleteaku ada pergi kerumah mertua adik aku di kuala terengganu di satu kampung. aku lihat pondok pas disana usang.. hairan aku.. bukan ke pas kuat disana?
tapi aku tengok orang pas disana baik-baik belaka.. mertua adik aku orang pas.. seluruh keluarganya pas.. semuanya murah senyuman dan beradab percakapannya..
aku beranggapan benar TG Nik Aziz dan TG A.Hadi berlainan sifat mereka. TGNA lembut, TGAH keras.. tapi apa salahnya.. itu sifat mereka yg dikurniakan Allah swt. bagaimana mereka boleh merubah sesuatu yg Allah swt kurnia tanpa izinNYA?
sila rujuk kembali kepada sahabat Rasulullah saw.. Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a... mereka berbeza sifat, S. Abu Bakar ra. lemah lembut orangnya dan lembut kepimpinannya, tapi S.Umar ra. keras sifatnya dan cukup tegas kepimpinannya.. salahkah mereka?
jin pun lari kalau bertembung dengan Saidina Umar ra. kerana takutkannya...
TGNA dan TGAH berbeza latar belakang dan kehidupan mereka. tapi mereka masing2 tidak pula menyalahkan sifat masing2. kita jangan jadi buta ilmu kerana melihat sesuatu yg zahir dan semasa tanpa kembali kepada asal kejadian. bacalah profil TGNA dan TGAH dulu baru menilai mereka. mereka tidak berasal dari kedudukan keluarga yang sama dan manakan sama sifat seseorang dengan yg lain.
sekadar apa yg saya lihat. TQ!
dark7am.blogspot.com