Petikan dari artikel sebelumnya di [sini] : Langkah pertama dalam misi menaik taraf Mat Bijan dari pencacai kepada boneka ialah dengan menyumbat seorang manusia botak bernama RPK.Mahdet tau... darah gila babi RPK kalau dah mendidih, dia tak pandai sejat.
Bila Petra botak dah dok kat dalam, maka misi dikira dah 10% sukses...
Dari situ kedudukan Mat Bijan agak selesa tanpa perlu risau akan gangguan dari Petra botak.
Sebelum tu jangan kita lupa akan kenyataan "sahabat" Mahdet (dia ni menyalak dari jauh je... masa dekat Malaysia dia diam, bila sampai Singapore je terus dia salak suruh Pak Lah "Kaji" balik pelan pemindahan kuasa) - rujuk [sini].korang ingat apa yang buat Muhyiddin bersemangat untuk menyalak sedemikian rupa dengan suara yang ternyata mengejutkan Pak La???
Siapa yang jumpa Mahdet & pujuk Mahdet kembali ke dalam UMNO?
Yang ni kita kena akui kelebihan Mahdet.seorang bekas PM yang punya IQ genius hasil dari amalan rajin mentelaah berbagai bahan bacaan & juga seorang bekas PM yang terkenal dengan keyakinan yang luar biasa dalam melakukan apa-apa rancangan yang disifatkan sebagai "melawan arus".
Tanpa Mahdet dibelakang sebagai "back-up", Muhyiddin tak kan berani bersuara selantang itu.
Sejarah telah membuktikan bahawa di Malaysia, tidak ada seorang perancang sebijak Mahdet dalam merancang strategi "pecah, perintah" ala-ala Mossad Israel.
Anwar yang berpengaruh sebegitu besar pun tumbang dilanyak Mahdet hanya dengan isu anak-anak & paling tak masuk akal.
Kesimpulannya aku tengok apa yang berlaku beberapa hari ni sebenarnya adalah hasil perancangan Mr "X" & tujuannya hanya 1 - merealisasikan rancangannya mengikut apa yang dirancang sebelum jawatan PM diserah kepada Pak Lah pada tahun 2004.
Orang ini tidak pernah gagal dalam "visi"nya & orang ini juga tidak akan mengalah sebelum rancangannya menjadi kenyataan.
"Perjuangan Belum Selesai".
Nanti ada masa terluang aku akan huraikan 1 persatu "kisah-kisah" yang perlu kita ambil perhatian.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?