Monday, September 22, 2008

Sape Lagi Nak Kene Terbalik..?

Banyak aku dapat respon dari artikel sesudah subuh 916 - Sesudah Subuh 916 - 'Terbalik'kan gambar Teresa Kok ! (artikel asal [sini] dan aku copy paste kat [sini]). ada yang bagi respon positif dan macam biase, ramai jugak yang bagi respon negative (sebab tak sokong) atas tindakan aku bersekongkol dengan al-banjari menterlabikkan photo YB Teresa Kok...

Aku malas nak jawab panjang lebar (walaupun aku rasa aku akan jawab dengan panjang lebar) asas dan rasional kenapa aku berbuat demikian...

Ada beberapa soalan aku nak tanyakan pada pengomen-pengomen yang berbesar hati meninggalkan komen-komen dan pandangan masing-masing (terima kasih semua).

Apalah agaknya tindakan kita para pendokong gerakan Re4ma-C sekiranya YB Teresa Kok ialah seorang ahli UMNO dan apa pulak pandangan anda sekiranya isu "nasi+telur rebus+timun=makanan anjing" dimulakan oleh seorang ahli UMNO/BN tak kira apa pangkat?

Adakah tindakan dan pandangan anda sama dengan tindakan dan pandangan anda pada YB Teresa Kok ketika ini?

Apakah bilamana aku atau kita yang digolongkan dalam golongan penyokong tegar Pakatan Rakyat maka apa-apa kesilapan dan kesalahan yang dibuat oleh para pemimpin kita perlu kita "buat-buat tak nampak@tak perasan" je?

Apakah ada antara kita cuba membentuk Pakatan Rakyat mengikut acuan UMNO/BN iaitu "pemimpin is ol wes rait and supporter is OKU??? (buta, pekak, bisu)".

Pada aku, aku bebas nak tegur sesiapa pun tak kira hangpa siapa... kalau rasa tak leh tegur atau tak leh nak terima teguran... borang ahli UMNO belambak-lambak dan bersepah-sepah tunggu nak isi je...

Kempen gambar terlabik ini akan diteruskan sampai YB Teresa Kok buat statement mohon maaf atas kenyataan "tak berapa ceredik@bongkak"nya tu... tulong perbetul balik kenyataan bahawa nasi+telur rebus+timun bukanlah makanan anjing... cariklah perumpamaan atau peribahasa lain yang lebih "friendly user" dan dapat diterima semua (boleh refer pada Karam Singh Walia kalau perlu).

Kene ingat, bukan semua rakyat Malaysia punya kemampuan seperti anda dan kenyataan anda walaupun tanpa maksud (tak sengaja) tetap membawa kesan yang kurang baik.ramai yang merasa terhina dan rendah diri dengan kenyataan anda.

Errr... ade gambar sesape lagi yang nak kene terlabik???

10 comments:

  1. Topeng Perak!

    Gua sokong lu and bro Albanjari hundred percent bro! lagi sokong bila lu cakap, akan terus menterbalikkan gambar YB Theresa Kok ni SAMPAI BELIAU MINTA MAAF! Pas minta maaf, then bleh consider...

    Kepada sesiapa yang terbaca komen gua kat sini :

    1) Yang betul tetap betul! Yang salah tetap salah! Walau siapa yang melakukannya!

    2) Lu orang ingat, asyik nak cover jer ker? Sampai bila Malaysia takkan berubah kalau camtu! BN gitu, PR pun nak gitu?

    3) Sebenarnya inilah kelebihan yang ada pada PR! Kepelbagaian yang akan lebih memantapkan!

    4) Kalau mana2 ahli ataupun parti komponen yang lainnya tak bersetuju dengan mana2 ahli atau komponen yang lain, maka ia akan dinyatakan secara terbuka! Lebih baik! Dalam BN, takkan dapat tengok punyer...

    Ini kelebihan kita... Jangan terikut2 budaya bodoh BN dan UMNO tuh!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bro,

    Perkara pokoknya kat sini ialah Penahanan Tanpa Bicara ataupun ISA.

    Cuba check balik, ada tak Abg Mat Sabu kita (atau bekas ISA lain)pun ada cakap benda yang sama malah lebih teruk contohnya "Makanan anjing lagi baik".

    Kita 'aktivis' reformasi sentiasa memandang ke arah perubahan total. Tidak kira di belah mana sekalipun, kalau tak betul kita bangkang dan cuba perbetulkan dengan rasional.

    Mengenai Teresa Kok, cuba bro bayangkan jika YB ini tidak ditahan di ISA, sudah tentu isu makanan anjing ini tidak timbul.

    In the first place ISA unacceptable and should be demolish.

    Kalau Teresa orang UMNO? kalau sesiapa pun orang UMNO masuk ISA, saya akan pertahankan orang UMNO tersebut. ISA bukan untuk sesiapa. Undang-undang zalim harus dihapuskan !

    Ada yang terperap dalam ISA lebih 7 tahun, dari anak sekolah rendah, sampai sekolah menengah. Dari anak riang ceria, sampai ada yang menghembuskan nafas terakhir tanpa bapa(ISA) di sisi.

    Ingat janji kita LAWAN tetap LAWAN!

    Lagi satu, kita terlalu memandang hina kepada anjing, tetapi orang cina menganggap anjing itu mulia. Sama macam kita pandang kucing. kucing saya pun selalu makan lauk ikan.

    sorry la TP, sebab saya bagi statement songsang kat entry nie. Perjuangan harus diteruskan.

    No Offence

    ReplyDelete
  4. susah kalau xtau erti bsyukur..
    nasib dia kasik mkn..
    kalau x???
    ade org kat lua sana mkn nasik
    ngan garam je,..
    awak yg dpt telur rebus
    tatau nak berterima kasih..

    ps-jgn komplen byk sgt~xbagus~

    ReplyDelete
  5. ISA satu undang2 yg masih perlu dlm konteks penduduk pelbagai kaum spt di Malaysia

    ReplyDelete
  6. Saya rasa teresa tak de niat langsung nak memburukan sesapa. Dah pendapat dia mcm tu, nak buta camna.

    ReplyDelete
  7. teresa tu pun dah keluar ISA,dlm kita sibuk2 pasal ISA,minah ni membusukkan mulut beliau dengan statement begitu,tu la aku ckp,kalau org takleh terime kite tegur,bagi aku takde beza umno ngan pakatan rakyat,jangan lupe pada Ketuanan Rakyat!

    ReplyDelete
  8. Kena faham sifat ISA nie,.

    Undang2 lain sifatnya menghukum,. yakni kesalahan dah dibuat,..so hukumlah bila bersalah.

    Tapi ISA brsifat "mencegah",..kesalahan belum dibuat lagi,..tapi ada "potensi yg besar" utk berlaku.

    Sebenarnya ISA byk memainkan peranan dlm kedamaian dan keharmonian yg kita nikmati hari ini.

    ReplyDelete
  9. perkara ni aku tengok tak dak laa menjurus kepada menghina tuhan atau nabi.

    Kalau kita pamerkan akhlak yang lebih baik daripada minah "terasa" ni dan bagi nasihat kat dia .... rasanya jenis macam ni buleh terima kalau cakap elok-elok.

    Kalau kita dok berlawan dendam .. sampai kiamat tak habis. Dia dok macam dia, dan akan ulang benda yang sama.

    Nabi kena lempaq sampah ataih kepala apa dia buat?

    Nak ikut mamat Al-Banjari ka? Nak ikut teladan yang nabi tunjuk?

    ReplyDelete
  10. Al-Banjari , "spin, jangan tak spin"

    Dalam sesuatu polemik, keutamaam(priority) mestilah jelas.
    Yang dulu(penting), di dulukan.
    Hamba yakin, bagi mereka2 yang pernah merasa duduk "dalam" akan membenarkan kata2 YB Teressa, dan sebaliknya mereka2 yang tak pernah, akan bersetuju dengan sahabat kita, Al-Banjari. Jadi bagi hamba, keputusannya, SERI (DRAW)..tutup kes.
    Keutamaan(priority) yang WAJIB SENTIASA KITA PERKATAKAN SERTA PERJUANGKAN ADALAH HUKUMAN ISA ITU SENDIRI...kalau takde ISA TAK SUSAH-PAYAH LAH SAHABAT KITA AL-BANJARI NAK SPIN SANA-SINI & TERBALIKAN ITU-INI.. betul tak ???

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?