SUNGAI PETANI 6 Sept. - Pemuda MCA Kedah hari ini mencadangkan kerajaan supaya melantik empat lagi Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi mengatasi sebarang masalah yang melibatkan unsur perkauman.
Ketua Pemudanya, Datuk Boey Chin Gan berkata, pendekatan sedemikian dilihat dapat mengelakkan perasaan syak wasangka yang mungkin timbul di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Kita cadangkan kerajaan lantik empat lagi TPM yang masing-masing mewakili kaum Cina, India, Sabah dan Sarawak. TPM terbabit boleh mengatasi masalah berbangkit sekiranya melibatkan isu-isu yang ditimbulkan kaum berkenaan.
"Sekarang sudah tiba masa untuk kerajaan berbuat demikian," tegasnya ketika berucap pada majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Kedah di Kelab Cinta Sayang di sini hari ini.
-Utara Online
TP - Warkhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakhakha (gelak panjaaaaaang sikit)... ni ape punya gila babi pulak dah...
Memula lantik 1 melayu jadi TPM + 1 Cina jadi TPM + 1 India jadi TPM + 1 Sabah (kaum apa nih?) jadi TPM + 1 Serawak (kaum apa nih?) jadi TPM... semer ade 5 TPM...
Pas tu orang jawa pulak mintak nak sorang wakil jadik TPM jugak, pastu orang asli pun mintak sorang wakil jadik TPM jugak pas tu Pak Lah bengong,
Pak Lah makan penedol + ubat batuk + 100plus pas tu Pak Lah menung kat serambi sambil mikio...
Awat la ramai bangang-bangang yang gila babinya mengalahkan babi yang gila kena penyakit JE & jugak kancing gigi, kuku & mulut?
khakhakhakhakha... sape lagi nak jadik TPM??? pi amik borang kat tangga belah kiri pondok pak guard putrajaya... syarat paling penting - tak dak otak, boleh memohon.
melalut pulak ker cina muda nih. kalau macam tu akan ada TPM dari Melayu, Cina, India, Jawa, Siam, Jakun, Semelai, Samak, Iban, Kadazan, Dusun, Kelabit dan entah brrapa rrratus orang TPM daaaaa!
ReplyDelete