Saturday, September 20, 2008

Sape *Takut*???

PULAU PINANG 19 Sept. – Sekumpulan 25 orang yang menggelar diri mereka sebagai ‘Rakyat prihatin yang cintakan keamanan’ telah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya yang ingin memerintah negara dengan menarik Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melalui kaedah melompat parti.

Kumpulan yang diketuai Wan Abidin Zain, 45, itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini kira-kira pukul 2.45 petang ini.

Menurut Wan Abidin, pihaknya membuat laporan polis kerana tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menguar-uarkan akan berlaku peralihan kuasa pada 16 September lalu yang menyebabkan keresahan dan ketakutan di kalangan rakyat.

-Utusan Malaysia Online

TP - Takut??? Wakhakhakhakhakhakhakhakhakhakha...!!! sape takut? sape resah?

Pak Lah *takut* nak panggil Sidang Parlimen tergempar sebab Pak Lah *takut* dijatuhkan melalui undi tidak percaya... walaupun MP-MP UMNO/BN telah menyatakan sokongan kepada Pak Lah, Pak Lah tetap *takut* MP-MP tersebut berpaling tadah... kah kah kah kah kah *takut* betul la...

Najib *takut* kalau kerajaan bertukar maka peluang Najib untuk menjadi Pi 'Em tidak akan tercapai.

Najib juga *takut* jika kerajaan bertukar, maka kes-kes "skandal" Najib akan dibuka siasatan dan ini memang amat me*nakut*kan Najib...

Menteri-menteri kabinet juga *takut* sekiranya kerajaan berubah, maka peluang mereka untuk menikmati skim pencen akan terkubur... *takut* jugak nih...

Rakyat lagi la *takut* kalau kerajaan tak berubah... *takut* negara ni makin jahanam dikerjakan oleh mereka-mereka yang bernafsu besar dan tak pernah *takut* untuk berbuat kemungkaran...

Ish...*takut*nya...... kene tukar cepat-cepat la kerajaan kalau macam ni...

1 comment:

  1. TP....sapa takut?? gua rileks jer...sapa resah?? gua pasrah jer...?? ahaks....

    diaorang yang ketar lutut dan habis ketiak berpeluh menanti 16 september...ahahahaha

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?