Friday, September 26, 2008

Shabery Perjelas Kelewatan Pelaksanaan Wayang Pacak Di Sarawak

KUCHING, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Penerangan tetap akan meneruskan cadangan untuk memperkenalkan semula wayang pacak di Sarawak walaupun ia lewat dilaksanakan mengikut jadual asal.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata mengikut jadual asal ia sepatutnya dilaksanakan pada Jun tahun ini namun kerana masalah yang tidak dapat dielakkan ia ditangguh ke masa lain.

"Kita cadang lepas Raya ni, pada bulan November akan buat wayang pacak di Kapit," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) anjuran Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata perancangan untuk mengadakan wayang pacak itu pada bulan Jun tidak dapat dilakukan berikutan sambutan Gawai Dayak turut diraikan pada bulan yang sama dan telah ditangguhkan.

Beliau berkata kesukaran untuk memilih bulan-bulan lain juga dihadapi memandangkan persidangan Parlimen masih berjalan ketika itu, diikuti dengan bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya bulan depan menyukarkan lagi untuk memilih masa yang lebih sesuai.

Beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan Jabatan Penerangan Sarawak telah melakukan persediaan yang secukupnya bagi menjayakan wayang pacak ini.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Utusan Malaysia pada Khamis lepas mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar membuat kenyataan mengenai penubuhan kerajaan baru kepada media asing, Ahmad Shabery berkata ini kerana media tempatan dan rakyat di negara ini sudah muak mendengar pembohongan Anwar.

"Sebenarnya dia ada panggil media tempatan tapi apabila makin mengenali beliau ramai sudah bosan dengan telatah dan gelagatnya," katanya sambil menambah antara pembohongan yang pernah dilakukan oleh Anwar ialah cubaan membunuhnya dan penubuhan kerajaan pada 16 Sept yang ternyata tidak berlaku.

Sementara itu, beliau berkata tindakan Majlis Tertinggi Umno menunda Perhimpunan Agung Umno, yang dijadual Disember ini, ke Mac tahun depan perlu dihormati oleh semua ahli Umno.

Beliau berkata tindakan menunda tarikh tersebut mencerminkan bahawa Umno mempunyai mekanisme tersendiri dalam mencari jalan penyelesaian dan memperkuatkan kedudukan parti.

TP - Untuk wayang pacak ni aku cadangkan supaya KERAjaan ambik ahli-ahli kabinet KERAjaan pusat, ahli-ahli UMNO/BN dan jugak pencacai-pencacai UMNO/BN sebagai pelakon-pelakon utama.

Nak lebih nampak "killer@gila" lagi wayang pacak ni, apa kata KERAjaan lantik Mat Strawberry sebagai ketua wayang pacak...

Mat Strawberry ni ada banyak kelebihan... antaranya dia boleh mengeluarkan buih yang banyak. yang ni memang kira tahap "killer@gila" babik... yang penting semuanya "AUTOMATIK" - rujuk [sini]...

Warkhakhakhakhakhakhakhakhakha...!!!

1 comment:

  1. salam..
    baik hang tobat je...bulan puasa ni org dok buat amal ibadah, tapi hang asyik dok kutuk org je..awat hang ni betui sgt ka?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?