MIRI 17 Sept. — Anggota Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang hari ini menyangkal dakwaan Pakatan Rakyat kononnya sejumlah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sarawak akan menyertainya.
“Tiada siapa (daripada Pakatan Rakyat) menghubungi saya dan mereka tidak akan berbuat demikian kerana saya secara terbuka telah menyatakan kesetiaan saya kepada Barisan Nasional dan pucuk pimpinan sedia ada,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya bagi dirinya, tiada anggota Parlimen BN di Sarawak berminat untuk menyertai Pakatan Rakyat dan apa juga dakwaan yang dibuat oleh pembangkang hanya merupakan gimik politik.
-Utusan Malaysia Online
TP - Maklumat ni memang betul... memang tak de sorang pun MP BN yang berminat masuk Pakatan Rakyat... depa cuma akan keluar dari BN & duduk atas tiket bebas... kerajaan baru nanti ialah kerajaan campuran...
Tunggu pengumuman dari SAPP petang ni...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?