(Mutakhir) PETALING JAYA: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.
Beliau menyatakan demikian pada majlis menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepadaATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur sebentar tadi.
Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.
Jelas Abdul Aziz, isu-isu perkauman tidak seharusnya disentuh kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak aman di negara ini.
"Perkauman merupakan isu yang paling dikhuatiri pasukan keselamatan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara. Ia ancaman terhadap keselamatan," kata beliau.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula memberitahu, politik jalanan masih dalam kawalan dan pihaknya dapat memelihara keamanan.
Bagaimanapun tegas beliau, pasukan polis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi keadaan huru-hara sekiranya tercetus.
"Kami bersedia untuk bekerja siang dan malam, (tanpa mengira) hujan atau panas, tanpa makanan dan minuman untuk menangani ancaman-ancaman sedemikian," katanya.
Dalam pada itu, Rafidah pula menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak membangkitkan soal latar belakang asal usul mana-mana kaum dan kesetiaan mereka.
Malah, kata beliau, demonstrasi jalanan dan politik jalanan seharusnya ditolak sama sekali demi keamanan dan keselamatan negara.
-mSTAR Online
TP - Skarang dah boleh mula buat pemerhatian... Penang, Kelang... PEKIDA, ATM... who's next???
Where's d master planner..? Ezam & KJ... Jangan Cuba Main Api..!
HAH!!! APA LAGI HUMBANKAN AHMAD MAMAK NI KE KAMUNTING..APA GUNA ISA YANG DIAGUNGKAN SELAMA NI OLEH UMNO TAK DIGUNAPAKAI..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum para sahabat pendukung dan penyokong PAKATAN RAKYAT.. (Salam sejahtera kepada Non-Muslim).
ReplyDeleteSaya dengan rasa rendah hati menyeru kepada semua pencinta keamanan dan keadilan agar bersama2 mengelakkan diri dari mengeluarkan apa jua kenyataan atau melakukan tindakan bersendirian mahu pun berkumpulan berhubung isu terkini yg sedang rancak dimainkan oleh ameno be end. mereka sebenarnya sedang terkapai-kapai kelemasan dalam usaha menyelamatkan kekuasaan kerajaan sediada yg amat terdesak dan nazak itu.
Saya mencadangkan agar kita sekali lagi melakukan PROTES besar2an seperti PROTES kita di Kelana Jaya tempohari. Tetapi PROTES kali ini adalah PROTES SENYAP tanpa sebarang poster, tiada sebarang tanda pada T-shirt / pakaian, tiada kenyataan balas provokasi dari kalangan kita. Biar mereka tahu dan sedar diri bhw RAKYAT Malaysia sudah matang dan isu 13 Mei itu sudah lapung dan usang ditelan zaman yg hanya tinggal di arkib negara shj. Usah pedulikan Mat Tempe dr Sg. Panjang S'gor tu, biarkan shj Tun Mamak Penang perasan Melayu tu, abaikan shj tindakan si Ahmad Ismail mengoyak gambar Dr Koh Tsu Koon tu...! Buat2 dengar shj ler kenyataan IGP dan General ATM tu....(mereka perlu ingat bhw mereka berkhidmat untuk RAJA dan NEGARA, bukan berkhidmat untuk pemimpin ameno be end... ada akal letak kat lutut).
Kita hanya perlu SENYAP, SENYAP DAN SENYAP sehingga mereka sendiri terus GILA dengan cara mereka itu.
TIADA PKR TIADA PAKATAN RAKYAT
TIADA PAS TIADA PAKATAN RAKYAT
TIADA DAP TIADA PAKATAN RAKYAT
BERSAMA MENGGEMBELING TENAGA DAN IDEA KE ARAH MALAYSIA BARU!
KAMI ARUS PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA!
p/s: teringat cerita sepupu saya berpangkat Major (bertugas di MINDEF) tentang 'The Stupid General'... dari apa yg diceritakannya itu, saya amat yakin bhw sebilangan besar anggota dan pegawai ATM dalam lingkungan umur 33 - 50 thn tidak lupa dgn The Stupid General itu.... Che Det dah lupa kaa!?