Monday, September 08, 2008

Tubuh kerajaan secara haram tidak bertahan lama

KOTA KINABALU 6 Sept. - Mufti Sabah, Datuk Ahmad Alwi Adnan berkata, sebuah kerajaan yang ditubuhkan secara haram tidak akan mendapat berkat dan bertahan lama.

Menurut beliau, kerajaan tersebut akan runtuh pada bila-bila masa kerana dibina dengan tidak berlandaskan amalan dan kehendak Islam yang sebenar, lebih-lebih lagi jika melibatkan unsur-unsur rasuah.

"Secara umumnya, jika asas sesuatu perkara itu sudah salah, kita pasti tahu kesudahannya, iaitu tiada keberkatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendakwah Negeri Sabah Kali ke-3 di Kompleks Tabung Haji di sini malam tadi.

-Utusan Malaysia Online

TP - Kenyataan Datuk Mufti ni memang 100% benar & betul.tidak syak lagi (gunakan tanpa was-was!).

Begitu jugak kerajaan yang ditubuhkan melalui undi "hantu".kerajaan undi "hantu" pun dikira kerajaan yang ditubuhkan secara "haram" tak gitu tuan mufti???

Jadi, kerajaan yang ditubuhkan secara "haram" melalui undi-undi "hantu" pasti tidak mendapat berkat & akan runtuh bila-bila masa sahaja...betul tak tuan mufti???

Pinjam kata-kata tuan mufti - "Secara umumnya, jika asas sesuatu perkara itu sudah salah, kita pasti tahu kesudahannya, iaitu tiada keberkatan,"termasuklah kerajaan yang diwujudkan secara tidak sah melalui undi "hantu".

Aku rasa sekarang hantu-hantu dah makan tuan... tuan bagi makan tapi tak cukup, sudahnya hantu-hantu ni pakat-pakat "kekah" tuan dia...sikit lagi...

Runtuh la tu... mana la nak bertahan... tak berkat... mana la nak berkat... menang sebab "hantu"...

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?