Saturday, September 20, 2008

Tulisan Jawi: Teresa Akui Bantah

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini mengakui beliau terlibat dalam isu membantah papan tanda jalan bertulisan jawi di sekitar ibu kota awal tahun ini.

Katanya, bantahan itu dibuat Januari atau Februari lalu atas desakan persatuan penduduk terutama di Taman Seputeh yang tidak berpuas hati dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Persatuan penduduk terutamanya di Taman Seputeh sangat tidak selesa kerana banyak papan tanda telah ditukar sewenang-wenangnya oleh DBKL beberapa bulan sebelum ini dan menukarnya semula selepas itu dengan tulisan jawi.

"Penduduk membantah sekeras-kerasnya pembaziran dana awam oleh DBKL," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP sejurus dibebaskan di sini hari ini.

Menurut Teresa, isu papan tanda tersebut ialah antara perkara yang ditanya oleh pihak polis kepada beliau sepanjang penahanannya.

-Utusan Malaysia Online

TP - Yang ni kene siasat dan perjelas betul-betul bagi semua orang faham. buat masa ni masih kabur lagi, masih banyak persoalan lagi, masih ada banyak "sebab" dan masih ada banyak "tapi".

1 comment:

  1. Tentang tulisan Jawi ni, kalau benarlah dilakukan sedemikian memang tidak dapat diterima oleh Melayu.Memang dia cari fasal. Memang dia tak rasional. Sepatutnya tulisan asing itu yang perlu diketepikan dan bukan bahasa sendiri. Tulisan Jawi adalah sebahagian bahasa Melayu. Dia ni memang 'perkauman' dan bukan 'kebangsaan'. Tulisan Jawi kepunyaan bangsa Melayu dan hak rakyat negara ini. Ia bukan tulisan kaum, lebih-lebih lagi tulisan kaum pendatang (asalnya)memang tak layak pun dijadikan kebangsaan (kenegaraan). Melayu bertaraf bangsa di negara ini dan bukannya bertaraf kaum. Terlalu besar kesalahan dia, tidak padan jika sekadar mohon maaf. Sekadar 'ditahan' dan bukan dihukum setimpal pun dah kecoh. Mungkin ISA untuk golongan ...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?