Monday, September 01, 2008

Umno hadapi krisis moral dan budaya yang serius - Ku Li

KUALA LUMPUR, 1 Sept ( Hrkh) - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkata, Umno sekarang ini menghadapi krisis budaya dan moral yang sangat serius akibat penularan rasuah dalam parti itu.

Berucap dalam satu majlis anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di Kota Bharu, Sabtu lepas, Ku Li menegaskan, selain berleluasa dalam parti yang memerintah rasuah juga sudah menjadi masalah besar dalam perkhidmatan awam.

"Masalah ini sudah menjadi 'open secret', yakni bukan rahsia lagi. Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendedahkan bahawa rasuah beli undi ini sudah menjalar ke seluruh akar umbi Umno.

"Saya anggap ini sebagai krisis budaya dan moral yang sangat serius, dan boleh memusnahkan Umno dan menjadikannya parti politik usang," tegasnya.

Teks ucapan Ku Li selaku Penaung MTRK dihantar kepada Harakahdaily menerusi emel.

Ku Li yang akan mencabar Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Perhimpunan Agung parti itu Disember depan turut melontarkan kebimbangan beliau, bahawa rasuah politik dalam Umno, hanya akan menyebabkan parti itu diterajui orang yang tidak layak.

Image"Dapatkah kita menjamin bahawa melalui rasuah politik dalam UMNO itu, hanya orang yang baik, cekap, bersih, jujur atau yang mempunyai kelayakan dan kemampuan yang kuat untuk memperjuangkan kepentingan parti dan anggota parti atau untuk menjadi pemimpin kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?", soal beliau.



Ku Li turut memetik kata popular di kalangan Umno yang mengatakan, 'dalam Umno kalau anda tidak punya wang (tidak kira dari mana datangnya wang itu) jangan cubalah bertanding melawan calon yang kaya'.



Beliau turut memberi perumpamaan bahawa rasuah rasuah adalah seperti anai-anai yang boleh memakan asas atau tiang rumah.



Katanya, tiang (Umno) dan rumah (negara) akan roboh dan porak peranda jika 'anai-anai rasuah' tidak dibunuh dengan segera.



Dalam ucapannya juga Ku Li turut menegur kepimpinan Umno supaya menyelesaikan segera masalah ekonomi, perhubungan antara kaum dan pelbagai isu yang boleh menjejas kestabilan dan kedaulatan negara.



"Masalah inilah yang mesti kita tangani secara serius kalau kerajaan atau parti yang memerintah sekarang tidak mahu kehilangan keyakinan rakyat yang lebih teruk lagi daripada yang dialaminya selepas PRU ke-12," tegasnya.

3 comments:

  1. YM Ku Li, ambil alihlah UMNO yg tenat ni, sekarang 5 negeri dah terlepas, kalau ia ada MP akan lompat negara pula terlepas, hai UMNO fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Eloklah kalau negara terlepas ke tangan Pakatan Rakyat...

    Kalau biar negara bawah UMNO, kemungkinan besar sikit demi sikit, negara tergadai pada Singapore...

    Pulau dah terlepas... menyusul nanti sebijik lagi pulau... menyusul pulak nanti Wilayah Iskandar... alang-alang Wilayah Iskandar terlepas, ada baiknya bagi negeri Johor terusss...

    Itu lah rancangan UMNO...

    Lagi cepat UMNO tumbang, lagi terjamin tanah Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Salam sedara Topeng Perak,

    Ade btul ape yg sedara komen..

    Jgn bagi chance dah tuk Panji Keris ni bertapak...

    Kasi "buang jauh2 dlm Jurang Mariana"

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?