KUALA LUMPUR 8 Sept. - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini sebenarnya bertujuan mengancam kestabilan ekonomi negara.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, selain mengancam ekonomi ia juga adalah satu bentuk perang psikologi kepada kerajaan dan rakyat.
''Apabila ekonomi negara tidak stabil, rakyat akan hilang keyakinan kepada kerajaan dan akan wujudlah keadaan tidak tenteram dalam negara ini,'' katanya.
Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menyampaikan dana Inisiatif Pendidikan Antarabangsa Perdana Menteri Tony Blair di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Jelas beliau, Anwar hanya ingin melihat sama ada akan wujud ketidakstabilan dalam ekonomi negara ekoran hasrat yang digembar-gemburkan itu.
''Apabila keadaan tidak menentu ekoran hasratnya itu, ekonomi akan menjadi lemah dan rakyat hilang keyakinan.
''UMNO menyedari perkara ini dan ia diberi perhatian selain turut dibincangkan,'' katanya.
-Utusan Malaysia Online
TP - Ni lagi satu bangang UMNO/BN... oi samdol... yang mengancam kestabilan ekonomi & negara bukannya kerajaan yang belum ditubuh lagi tu...
Yang mengancam ialah puaka-puaka UMNO dekat P.Pinang tu... apela bodo sangat ngko nih???
Ape punya turrr...!
Bila dah banyak makan duit rakyat, hati pun jadi gelap. So,mata jer yang celik tapi hati dah buta tuli. Khalid Senggal ubi, yang ingin memporak perandakan negara puak2 UMNO ko jugak. Tengok lah kat penang tu,sapa yang mula provokasi?..Menteri pun satu bongok.
ReplyDelete