Tuesday, September 02, 2008

Umno: Tindakan Nizar jadi tandatanya

Badan Perhubungan Umno Perak berkata, tindakannya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin meluluskan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina menjadi tandatanya walaupun ia bukan satu kesalahan.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Hasbullah Osman berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri yang diterajui menteri besar dari parti PAS itu gagal melihat kepentingan untuk membantu orang Melayu selepas negeri itu diperintah pembangkang.

Bernama memetik Hasbullah yang juga ahli dewan undangan negeri kawasan Temenggor dalam Parlimen Gerik sebagai berkata Mohamad Nizar perlu memikirkan kepentingan orang Melayu walaupun tindakan meluluskan tanah itu bukan satu kesalahan.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinBadan Perhubungan Umno Perak, katanya, meminta Mohammad Nizar supaya tidak mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam walaupun negeri itu diperintah pembangkang.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan bubur lambuk kepada masyarakat Islam di Pekan Pengkalan Hulu petang semalam.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin menyatakan kekesalan dengan tindakan kerajaan Perak itu dan meminta menteri besar itu bersikap adil dalam membantu rakyat.

Beliau berkata, rakyat akan menuduh kepimpinan negeri terutama menteri besar tidak tahu mentadbir negeri dengan hanya membantu satu pihak dan mengabaikan pihak lain.

TP - Tolong India - salah, sebab melayu & cina nanti terpinggir... Tolong Cina - salah, sebab melayu & india nanti terpinggir... Tolong Melayu - Pun salah, sebab india & cina nanti terpinggir... Cadangan aku untuk Ir Nizar...... ikut pimpinan UMNO/BN dulu... jangan tolong sape-sape... bagi je tanah-tanah tu dekat anak beranak sendiri..!kah kah kah kah kah kah kah kah... sape makan cili dia rasa pedas..!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?