Friday, October 03, 2008

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang berlaku di empat negeri dan Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga awal malam ini.

Empat negeri itu ialah Johor di daerah Kluang, Segamat, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi, di Selangor, di daerah Hulu Langat, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor, Perak di daerah Perak Tengah, Perak Utara, di Kedah di daerah Kulim, Baling, Bandar Baharu dan Sik serta Kuala Lumpur.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Pulau Pinang dan Pahang iaitu di Bera, Bentong, Raub, Rompin dan Pekan mulai lewat petang ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, Jumaat.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?