KUANTAN, 3 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis yang dipercayai mengalami tekanan jiwa dan melepaskan 58 das tembakan ke udara dua hari lepas telah dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata anggota berkenaan dipercayai mengalami gangguan mental dan dia telah dihantar ke hospital itu pada pukul 2 petang.
"Semalam dia dibawa ke Hospital Lipis, bagaimanapun doktor di hospital itu memberitahu bahawa tiada pakar psikiatri untuk dirujuk mengenai kes itu sebelum dicadangkan untuk dibawa ke Tanjung Rambutan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan laporan daripada pihak hospital untuk mengenal pasti bentuk gangguan mental yang dialami anggota yang masih bujang dan bertugas di Cawangan Tugas Am itu.
Abdul Razak berkata siasatan kes itu masih dijalankan termasuk bagaimana anggota berkenaan boleh membawa keluar pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempat bertugasnya di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi raya pertama Rabu lepas, seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan di Kampung Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis dipercayai akibat tekanan jiwa.
Anggota polis berusia 22 tahun dan berasal dari Kelantan itu juga dikatakan melepaskan tembakan ke kenderaan sendiri dan dua kenderaan awam yang kosong.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?