Thursday, October 23, 2008

Apa La...

Aku baru saja selesai melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon untuk teater 'Operasi Oktober' yang tamat pada 19hb itu hari (sebenarnya ada lagi dua 'show' kat Galeri Petronas pada 1hb dan 2hb November ni - tapi ini lebih kepada 'lecture demo'). Apa yang aku dapat setelah sekian lama aku berhenti menulis, bertukang dan tumpu pada produksi ni? Jawabnya - aku gagal sebagai pelakon. Hehehehe... Produksi ni ialah sebuah teater 'devise' (total devise) yang langsung tak ada skrip. Jadi, setiap adegan adalah hasil perbincangan setiap kali hadir latihan. Aku, secara peribadinya, seorang pendiam. Jadi aku tak dapat nak bercakap banyak melontarkan idea-idea. Kepada ahli produksi, teman mintak maaf la ye kalau teman tak berapa nak 'memberi' untuk produksi ni...

Sehabis saja persembahan pada malam 19hb tu, aku dapat panggilan untuk sambung kembali kerja-kerja pertukangan yang terbengkalai agak lama juga... Dan pada pagi Isnin 20hb, aku terus masuk bengkel. Rindu pada bau 'kokcai' dan bunyi kompresor terubat jua. Sehinggakan jari hantu tangan kiri aku terkena tikaman paku yang laju keluar dari 'nail gun' sehingga tak terelakkan. Memancut darah segar di rembang tengahari. "Ini darah tukang kayu - memberi nyawa kepada hasil kerjanya - hahahahaha!" (jangan anggap serius untuk yang ini)

Nyata, aku cuma kaum buruh - golongan pekerja. Aku tak pandai untuk duduk kerja di pejabat, berkemeja, bertali leher dan mengadap birokrasi serta dokumen-dokumen yang menimbun. Aku lebih selesa dengan bau keringat dari bau pewangi 'Silky-Men-Brave'. Hahahaha... jangan lah ada manusia yang terasa hati. Aku mintak maaf le ye. Ini cuma pendapat peribadi aku.

Ini ada satu cerita - aku tak tahulah sama ada aku dah cerita ke belum cerita ni. Tapi cerita ni baru saja berlaku pagi tadi.

Semalam, aku bekerja di Masjid Wilayah Persekutuan (kononnya Masjid ni projek Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan, jika benar, Masjid ini juga menjadi tempat pilihan Saiful bersumpah diliwat Anwar Ibrahim - jadi, mana satu projek Anwar Ibrahim di masjid ini yang boleh diterima?) Aku di masjid itu bukanlah untuk bersumpah laknat, tapi aku menyiapkan set untuk majlis agihan 'baitulmal' yang disempurnakan oleh Zahid Hamidi. Bermula jam 8 malam semalam dan berakhir jam 8 pagi tadi aku di situ. Penat, memang penat sebab siang semalam aku di bengkel, bertungkus-lumus bertukang.

Setelah selesai, barang-barang serta peralatan hendak dimasukkan ke dalam van. Untuk menjimatkan tenaga, van kami menumpang sebentar di petak pakir (parking) 'Imam Besar' sebab berdekatan dengan pintu. Tak perlulah kami terkengkang-kengkang mengangkat peralatan yang berat-berat dan banyak! Sedang kami memasukkan barang-barang tu, datanglah seorang makhluk yang tak tahu apa sebab dan musababnya menegur kami dengan nada yang agak marah - "Tak boleh letak van kat 'parking' ni! Ini Imam Besar punya! Sekejap lagi dia nak datang!"

Dengan spontan 'tokeh' aku menjawab - "Sekejap je bang, dah nak habis dah. Bukan parking sampai malam pun..."

Aku dok pelik lalu terfikirlah di dalam hati yang kami ni parking di atas petak kubur 'Imam Besar' ke? Apakah Imam Besar masjid ni tak boleh langsung bertolak-ansur kalau dia datang dan dilihatnya petak parkingnya diambil? Adakah Imam Besar masjid ni boleh 'claim' duit tol dan duit minyak? Dia tu Imam Besar ke, Mafia Besar?

Sepanjang perjalanan balik ke rumah tadi aku dok terfikirkan bahawa 'tokong' kat Petaling Street' lagi best dari masjid sambil menyumpah lahanat kepada mamat tadi tu!

-pojok riang-riang

1 comment:

  1. Kalau ye pun nak marah tapi jangan la rendahkan masjid ke tahap lebih rendah dr tokong kat petaling street tu.. Masjid tu rumah Allah, tak ada salahnya tempat tu.. yang salah orang yang tak paham bahasa tu..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?