2-3 hari lepas Pak Lah ada suarakan hasrat supaya Sejarah Diwajibkan Di Sekolah Rendah, dalam artikel bertajuk Sejarah Malaysia: Berani Ke Pak Lah Perbetul Fakta..? aku ada komen sikit sebanyak berkenaan kenyataan Pak Lah.lepas Pak lah buat kenyataan tu, ada pulak 2-3 orang menteri buat kenyataan sokongan atas kenyataan Pak Lah tu.
Isi kandungnya aku tengok penekanan pada topik sejarah tu lebih bersifat politik.rata-rata komen menteri-menteri berkenaan menjerumus kepada masalah konflik pemahaman "perjuangan bangsa" dan jugak "sejarah bangsa" dan antara alasan-alasan yang diberi ialah kebanyakan generasi muda telah lupa pada "perjuangan" menuntut kemerdekaan negara Malaysia.
Maksud yang tersirat yang aku faham ialah "generasi bari semakin melupakan dan menolak UMNO/BN".itu yang aku faham.sebab itu aku katakan motif ditimbulkan isu matapelajaran sejarah di Sekolah Rendah lebih bersifat "politik".
Hari ni dalam berita bertajuk Subjek Sejarah bantu wujudkan kestabilan politik, menteri berkenaan (yang mengulas kenyataan Pak Lah) secara terang-terangan telah mengesahkan "agak"kan aku."Politik".
UMNO/BN semakin dilupakan dan para juak-juak UMNO/BN melihatnya sebagai satu perkara yang amat tidak baik untuk masa depan survival UMNO/BN, maka rancangannya ialah menanam minda generasi baru melalui matapelajaran sejarah "kununnya" kontrak sosial dan isu perpaduan kaum perlu diterap pada peringkat awal untuk menjayakan matlamat jangka panjang keharmonian negara.
Soalan untuk juak-juak UMNO/BN - kontrak sosial dan isu perpaduan kaum perlu diterap pada peringkat awal untuk menjayakan matlamat jangka panjang keharmonian negara ataupun untuk menghidupkan kembali "kepercayaan" mistik bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang "bijak" memerintah Malaysia?
Kenapa ketika UMNO/BN masih gagah dengan 2/3 majoriti di Parlimen ke 2-2 isu tersebut tidak pernah ditimbulkan?
Antara kenyataannya lagi ‘‘Oleh kerana negara kita bersifat majmuk, maka soal dasar, pendekatan dan formulanya turut berbeza jika dibandingkan dengan negara-negara lain,’’.tapi aku baca kenyataan tersebut begini : ‘‘Oleh kerana negara kita bersifat majmuk, maka soal dasar, pendekatan dan formula UMNO/BN turut berbeza jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat,".
Perbezaannya ialah UMNO/BN menggunakan pendekatan "pecah dan perintah" manakala Pakatan Rakyat pula menggunakan pendekatan yang lebih baik iaitu "pecahkan pemerintahan pembelit"...kah kah kah kah kah... itu pada mata aku la...
Dengan beberapa kenyataan-kenyataat Pak Lah dan juga menteri-menteri KERAjaan itu, jangan terkejut kalau lepas ni (mungkin akan bermula tahun depan "sekiranya" UMNO/BN masih lagi KERAjaan) anak-anak anda akan balik kerumah lepas persekolahan, dan mula bertanyakan sejarah UMNO/BN dan juga sejarah hidup beberapa menteri-menteri dan juga X X menteri-menteri UMNO/BN.
Ini tidak mustahil akan berlaku sebab tak kan hangpa tak reti-reti perangai-perangai, pendekatan dan juga formula UMNO/BN dalam mengekalkan survival parti karat tu?
Tu kita boleh nampak bila depa dah mula tekankan bab "Sejarah bantu wujudkan kestabilan politik".selama ni kita dimomok dengan sejarah palsu tentang kemerdekaan negara dan jugak seolah Sabah dan Sarawak dinafikan penglibatan mereka dalam sejarah pembentukan negara Malaysia.
Tanpa kita sedar, kian lama kita tertipu dengan banyak fakta-fakta sejarah, nama-nama mereka-mereka yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.mana nama-nama mereka-mereka yang berjuang selama ini?yang adapun semuanya disifatkan sebagai "pengkhianat" (kununnya) sebab nama-nama itu tidak berada dalam parti UMNO/BN.
Pengkhianat yang sebenarnya diangkat sebagai wira manakala pejuang dicop sebagai pengkhianat.lepas ni apa lagi? jangan terkejut kalau anak-anak generasi baru diajar pula bahawa pembangkang dari Pakatan Rakyat adalah "traitor"...
Siapa tau? dulu KERAjaan yang bising supaya jangan berpolitik di Sekolah, tapi sekarang bila dah tersepit dihujung tanduk, KERAjaan sendiri pula yang cuba membawa "politik" kedalam matapelajaran Sejarah di Sekolah Rendah.
Tndakan yang lebih BERUK daripada BERUK bagi aku.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?