Tuesday, October 07, 2008

Bik Mama: RM7,000,000,00 = 14 Jam Tangan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong?

Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya di [sini].

Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada beberapa individu di beberapa kementerian.

Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu.

Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin.

Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?