Berita asal boleh rujuk disini http://www.perisik-rakyat.com/2008/10/shah-rukh-khan-terima-gelaran-datuk.html petikan diambil disini Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk dan hari ini pula disini Shah Rukh Khan Dianugerah Datuk.
Rata-rata komen dari para pembaca, blogger-blogger & juga survey tidak berpuas hati dan majority mempersoalkan kewajaran KERAjaan Negeri Melaka menganugerahkan darjah kebesaran tersebut kepada Shah Rukh Khan...
Antara komen ialah tidak ada lagikah nama-nama dalam senarai rakyat Malaysia yang layak dianugerahkan darjah tersebut? ada jugak yang memberi komen darjah tersebut diberi sebagai usaha membodek Bakal PM yang dinamakan oleh Pak Lah... kalau nak bodek Najib, kene pandai beli jiwa Bik Mama... kebetulan pulak Bik Mama tersenarau sebagai salah seorang peminat no wahid Shah Rukh Khan...
Shah Rukh Khan pun pernah mendapat penghormatan dari Bik Mama iaitu sebuah "kehangatan"yang "tak mungkin dapat dilupakan"...
Dasaaattt...
Komen aku pulak? korang baca la dekat artikel memula dekat sini http://www.perisik-rakyat.com/2008/10/shah-rukh-khan-terima-gelaran-datuk.html. memang la komen tu sikit sangat, pendek dan "bodoh"...
Hari ni aku ada masa lebih sikit banyak dari semalam... tapi aku tak nak komen, sebab aku ada "cerita" yang lebih baik dari "komen"...
Kita tengok dari sudut lain... aku tengok tak de rasionalnya pemberian darjah kebesaran dekat artis luar ni... jasa? entah... sah langsung tak berjasa pada negara... tapi... kalau nak cerita bab jasa, ada satu kemungkinan yang "akan berlaku" lepas penganugerahan ni.
Situasi sekarang, KERAjaan UMNO/BN menghadapi masalah kronik sepanjang lebih 50 tahun bertapak di Malaysia dimana sokongan dari masyarakat India semakin menurun dan semakin hari semakin melumpuhkan Barisan Nasional.
Lebih parah bila wujudnya gerakan HINDRAF yang dilihat semakin terkedepan didalam membela kaum India di Malaysia diatas platform Pakatan Rakyat.
Apa ubatnya? kaum india dilihat bersifat "nasionalis" pada negara India.artiartis bollywood dilihat sebagai "dewa" (yang ni tak de kena mengena dengan "replika") yang diagung-agungkan oleh masyarakat India di Malaysia.
Ada "totok-totok" atau lebih tepat lagi "lembu jadian" didalam UMNO/BN telah terfikirkan idea "bodoh" ini (maklumlah lembu jadian) dengan harapan dapat "membeli" jiwa dan sokongan masyarakat kaum India kembali melalui "anugerah" berprestij ini kepada "idola" mereka.
Berbalik pada jasa Shah Rukh Khan... sebenarnya Shah Rukh Khan Masih belum berjasa diwaktu anugerah diberi, tetapi seandainya Shah Rukh Khan dapat hadir dikemudian hari untuk menerima anugerah tersebut, beberapa media telah diatur untuk mengadakan beberapa siri temubual "eksklusif" dengan Datuk Shah Rukh Khan...
Temubual yang akan disusuli dengan beberapa kenyataan atau "transkrip" yang telah bersedia untuk dibaca oleh Datuk SRK nanti...
Antara isi kandungan "transkrip" tersebut ialah "saya sebagai rakyat India berasa bangga dan amat bertuah kerana dihargai oleh KERAjaan Malaysia dengan anugerah ini"... itu antara skripnya... ada lagi? ada...
Antara skrip mahal yang telah "siap" ditaip mengulas keprihatinan KERAjaan Malaysia kepada masyarakat India di Malaysia dan juga seantero dunia... maka disitu pihak yang "terlibat" amat-amat berharap jiwa-jiwa kaum India di Malaysia yang memberontak akan "Cair" dimulut dan pujukan Datuk SRK dan kembali menyokong KERAjaan UMNO/BN.
Jika Datuk SRK berjaya mengembalikan sokongan kaum India kepada UMNO/BN, maka disitu barulah SRK "berjasa" kepada negara Malaysia... "bodoh" kan??? mungkin jugak lepas ni SRK akan dapat sebidang tanah di Bukit Jalil atau Mines atau Putrajaya... siapa tau kan?
Anugerah ini sebenarnya bukan untuk membeli jiwa Bik Mama atau bekas teman Atlantuya sebaliknya satu usaha untuk mengembalikan sokongan kaum India kepada UMNO/BN...
Yang pastinya sebaik menerima anugerah ini, Malaysia akan mula membayar "elaun" tahunan kepada seorang manusia luar negara yang sudah sedia senang hidupnya... kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan... UMNO/BN memang LEMBU..!
Ada yang terpengaruh?
eih nak serah Malaysia kat Monggolia ka?, lepas ni jadilah ISLAM GLOKAL,Imelda Marcos pun dah tersenyum...Bik Mama. Sayfool akan jadi Menteri apa agaknya sebab boss dia dah nak jadi PM, kalau sapa2 kena liwat eloklah jumpa PM baru ..dia pandai kaunseling.
ReplyDeleteUMNO NAMPAK BERCELARU SUNGGUH. "sian amitabh bachan..tercalar ego dia sebab tak de sapa nak bg title datuk lagi. tiba2 shah rukh khan dapat dulu..huhuhu", pemimpin UMNO juga ni..bagi pingat kata SRK KAH-KAH tyt mELAKA ...
APA LAH NAK JADI ? Dato' Shah Rukh Khan?, elok bertanding dalam PAU sahih dinobatkan sebagai Ketua Pemuda kaha hahahhhhahha..
depa kata ANwar memeng minat Hindustan ...TAPI ada lagi ORANG YANG LEBIH GILA NAMPAKNYA..
ReplyDeleteDuniya he kia karo? mager .So, mujhe yeh pasand hain xxxxx or mujhe yeh pasand nahin aayaa? kitna kiraaya hogaa? and kya main dekh sakta hoon?.mujhe yeh pasand nahin aayaa हाँहाँ जी shah rukh khan lapat latok?sundar larkiya hai? apa nak jadi
ISLAM GLOKAL jaga-jaga jenama baru?
Najib kena tendang.
ReplyDeleteBenggali murtad ni jadi PM.
Bik Mama suka hati....dapat hero baru
Kah,kah,kah..........
Ameno,ameno,bila lu nak padam ?
Yamaha Y80
memang bodoh...taktau nak cakap lagu mana dah...BN oh BN....
ReplyDeleteBik Mama dapat datuk baru..
ReplyDeleteBik Mama dapat datuk Shah Rukh Khan..
Ali ketam kena ketam..
Mengigau nak jadi TPM..
YDP Melaka sedang bermimpi..
Supaya dapat dilanjutkan perkhidmatanya...
Ampulah...
Ampulah...
MALAYSIA SEDANG DI PERAIKKAN..
KERANA KONONYA MALAYSIA HAK UMNO..
AWAS... TDM AKAN KEMBALI
BAYANGAN MAHAFIRAUN SUDAH MENJELMA.
Salam!
ReplyDeleteSapa kata Shahruk Khan tak ada jasa kat Malaysia, kerana filem lakonan dia dan bollywoodlah yang buat bertambah lingkup anak remaja melayu dan meningkatnya lagi masaalah sosial kat maklaysia ni, berapa ramai anak perempuan melayu yang kahwin dengan bangla, pakistan jual karpet dan lain-lain lagi. Ini adalah hasil dari Shahruk Khan and the gang kepada rakyat malaysia.
Manjung Mari,
ReplyDeleteBetul tu... memang teramat besar jasa SRK kepada Malaysia...
Umno bukan Lembu lagi dah tapi tahap depa lebih teruk dan hina dari Lembu... paham paham jelah..