Tuesday, October 28, 2008

Dua Senator Dilantik Semula Anggota Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Dua senator yang dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara bagi satu penggal lagi hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

Mereka ialah Exco Pergerakan Wanita Umno Datin Paduka Nor Hayati Onn dan Ketua Umno Bahagian Kepong Datuk Rizuan Abd Hamid.

Ketika mengalu-alukan pelantikan semula dua senator itu, Abdul Hamid berharap mereka dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan jujur dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negara.

Norhayati, 45, adalah Pengarah OISB Construction Sdn Bhd dan berkelulusan dalam kesetiausahaan dan pengurusan perniagaan Kolej Stamford.

Rizuan, 53, pula ialah Pengerusi MPH Group Printing (M) Sdn Bhd dan berkelulusan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University Connaught, Kanada.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?