Wednesday, October 22, 2008

DUN Penanti Diisytihar Serambi Mekah Utara

Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya. Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar'. Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.

Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat. Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang. Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam. Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang.

Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah' di P.Pinang. Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam. Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam. Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu.

baca selanjutnya di [sini].

8 comments:

  1. Alhamdu lillah. Fuuuishh! ingat tadi kat kpg seghonok!!! Kot jadi lagu tu (takkan lagu p ramli,muekekek), sakan la depa naaa....

    ReplyDelete
  2. Cek lupa nak tanya.. awat pagi tadi takleh masuk website. depa bagi "404 Error".ingat kot dah kena "hack" ka plak...

    ReplyDelete
  3. mudah kita orang melayu dan islam cair dengan pujian.

    apa nak jadi serambi mekah kalau sesama melayu dan islam pun kata kafir?

    lim guan eng main propaganda kita dah tabsub...

    ReplyDelete
  4. Al hamdu lillah "Puji pujian kepada Al Lah"...

    ReplyDelete
  5. Lupakan politik jap....


    Sikit promosi utk peminat induk cacing.

    Syarikat saya Eko Harro Agrotech menawarkan cacing dengan harga yang lebih murah dari pelbagai jenis baka seperti Lumbricus Rubellus, Esenia fetida, dan African Night Crawler.

    Sila datang segera sementara stok masih ada.

    http://indukcacing.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Kalau yangbaik tu terima je lah...tak nak berperangsangka buruk lagi...Kita kan ada kitab mulia boleh dijadikan rujukan...Kalau LimGE boleh laksanakan tu kira baguslah..Ikut dan setuju bukannya bermaksud taksub..!!!Jangan jadi macam puak keris...dah jelas menyamun berbillion ringgit duit kerajaan/rakyat pun tak dak bunyi apa pun..tunggu anak bini dirampas pun belum tentu lagi bergerak...dok syok ngan slogan ketuanan...tak sedaq depa kena tendang ngan kaum puak sendiri..yang dok menyamun tu...

    ReplyDelete
  7. Orang2 melayu yang mengaku islam sedang sibuk berebut jawatan sambil menaburkan fitnah tanpa memikirkan kesejahteraan ummah.. malu nya aku sebagai seorang melayu berugama islam..

    ReplyDelete
  8. Biasalah tu .....nak menarik perhatian Umat Melayu. Mulut manis di hatinya Tuhan saje yang tahu.

    Kepada Umat Melayu jangan terlalu mudah dibeli dgn kata-kata manisnya.
    Ekonomi dan Kuasa di tangan mereka sekarang ni. Fikir-fikirlah........

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?