Tengku Razaleigh Hamzah dijangka memperolehi pencalonan pertama untuk bertanding jawatan presiden Umno apabila bahagiannya - Gua Musang - bermesyuarat esok.
Mesyuarat bahagian tersebut akan berlangsung pada jam 9 pagi esok bertempat di Balai Rakyat Bukit Cekati.
Betul ke berita ni? aku macam tak caya je...
Cuba baca berita sebelumnya -
Bazlan Baharuddin mendapat semula jawatannya sebagai ketua Pemuda Gua Musang apabila ibu pejabat Umno hari ini mengumumkan bahawa mesyuarat pertama pergerakan itu yang dipengerusinya 23 Oktober lalu adalah sah.
Sabtu lalu, ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mesyuarat pertama dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian.
Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau, tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.
Bagaimanapun, pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Umno hari ini yang memaklumkan
bahawa mesyuarat yang dipengerusikan Bazlan adalah sah dan tidak terbatal sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
Dekat atas tu dah nampak pengaruh Ku Li awal-awal dah kena sekat dek Pusat...
Aku rasa esok Ku Li bakal melopong lagi...Najib dah monopoli semua... tok sah tunggu lagi la Ku Li.
Aku ada sepupu yang tinggal dekat Gua Musang sejak 15 tahun lepas iaitu sebelum Gua Musang membangun dibawh Ku Li.memang penduduk setempat akui ketokohan Ku Li mentadbir kawasan jajahannya walaupun berada dibawah naungan kerajaan negeri yang berlainan parti.
Aku yang sekali-sekala jenguk Gua Musang pun terkejut dan jugak kagum dengan kemajuan Gua Musang, sekarang dah jadi bandar transit.
Pernah jugak aku sembang sengan budak-budak dan otai-otai politik dekat sana.ramai yang kagum dengan Ku Li...tapi aku masih ingat kata-kata depa Gua Musang perlukan Ku Li tapi bukan bermakna Gua Musang perlukan UMNO/BN.
Maksudnya?
Bagi aku maksudnya lebih kurang begini - Ku Li...hang masuk la Pakatan Rakyat dan aku jamin sokongan hang dekat Gua Musang tak akan jatuh sebaliknya makin kuat.depa cuma respek dekat hang sebab kekuatan, ketokohan dan personaliti hang tapi BUKAN SEBAB HANG AHLI UMNO!!!
betui tu,betui....gua sokong 200%!!!
ReplyDeleteseorg tengku yg bernama ku li dipinggirkan oleh puak sendiri.
ReplyDeleteKu Li tu patut dah lama pencen jadi Ketua Bahagian.
ReplyDeleteSelama ni pun apa sangat sumbangannya terhadap pembangunan Gua Musang.
Beliau sepatutnya menjadi Senior Citizen yang boleh memperkukuhkan bangsa Melayu.
Itu pun kalau beliau mampu.