Wednesday, October 08, 2008

Keluarga Krishnasamy Rayu Siasatan Mendalam

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Keluarga bekas anggota exco negeri Johor Datuk S. Krishnasamy merayu supaya dijalankan siasatan mendalam mengenai kematian beliau.

Anak lelaki Krishnasamy, Raj Kumar, 33, berkata 38 minggu sudah berlalu sejak bapanya dibunuh, tetapi kes itu masih tidak selesai walaupun polis telah menahan beberapa suspek.

"Mengapa selepas sembilan bulan, polis masih tidak dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu.

"Apa sedang berlaku?...Mereka tidak harus berterusan memberitahu kami yang siasatan masih berjalan, tetapi hingga sekarang ia balik ke tahap asal," katanya pada sidang akhbar bersama empat anggota keluarganya di sini, Selasa.

"Hingga kini, tidak ada sesiapa yang didakwa. Kami telah temui ramai orang...saya telah tulis e-mel kepada beberapa menteri. Hanya (Datuk) Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) yang memberikan jawapan" kata Raj Kumar.

Hadir sama di sidang akhbar itu ialah MP Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Krishnasamy dijumpai mati dalam sebuah lif di bangunan MIC Johor di Jalan Segget di Johor Baharu pada 11 Jan dengan kesan tembakan di bawah kening kirinya.

Seorang lelaki dilihat tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian dengan menunggang motosikal menuju ke Jalan Wong Ah Fook sejurus selepas ahli politik itu ditembak pada 2.10 petang.

Polis telah menahan dan menyoal 13 orang, seorang daripadanya wanita, berhubung pembunuhan itu. Sebelas orang daripada mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?