Saturday, October 25, 2008

Kenyataan Media AMK Selangor

Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor

Melihat kepada senario ekonomi negara yang agak merudum kebelakangan
ini, pentadbiran kerajaan negeri Selangor didesak agar memberikan
peluang-peluang yang ujud dan akan ujud dari anak-anak syarikat
kerajaan negeri Selangor diutamakan kepada rakyat negeri Selangor yang
berkelayakan.

Difahamkan oleh sebahagian kakitangan yang berkhidmat di dalam
anak-anak syarikat kerajaan negeri, terdapat beberapa individu yang
dikenal pasti bukannya rakyat negeri selangor atau permastautin negeri
Selangor telah mendapat peluang pekerjaan di organisasi terlibat. Ini
telah menimbulkan tandatanya di kalangan mereka.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di seru
agar memantau dengan serius keadaan yang kurang menyenangkan perasaan
rakyat negeri ini. Kenapa harus diberikan peluang kepada orang luar
jika rakyat sendiri ramai yang masih menganggur ? Mengambil pepatah
Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

AMK Selangor bertegas agar penomena ini disedari oleh kepimpinan
negeri Selangor samada kepada barisan Exco kerajaan yang ada
sebahagiannya bukan anak jati Selangor mahupun Menteri Besar. Memang
kita akui, di negeri Selangor ini peluang kerjaya banyak untuk di isi
tetapi berikanlah keutamaan kepada rakyat negeri ini yang mempunyai
kelayakan.

Bukan bermaksud untuk menyemai semangat kenegerian tetapi adalah
menjadi satu obligasi yang utama memastikan rakyat negeri Selangor
diberikan peluang yang seadil-adilnya.

Keadilan untuk rakyat negeri Selangor.

Vasu Yaranian
Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?