Thursday, October 30, 2008

KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.

Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan dibatalkan.

Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.


Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Dalam suasana tegang dan sedih itu, beberapa AJK AMK Johor hanya dapat menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk 'dalam terpaksa' membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sialah semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.

-AMK Johor

5 comments:

  1. Kenapalah golongan ini tidak mampus kecik-kecik dulu? Bila besar jadi petualang!

    ReplyDelete
  2. Berita ini amat megecewakan kita...Mengenai nasib Penduduk Kg.Plentong Tengah.....semuer.

    Tapi...nak di katakan kurang.....pon bole juga...

    Sebab pecaya sangat dgn serigala menjaga ternakan pasai apa....

    Umno di harapkan membela nasib mereka?????

    Tak kan tak belajar dari sejarah nya......

    Tapi rakyat Johor,terkenal dgn UMNO totoknya.....

    Terima lah habuan masing masing.

    Jangan nak salahkan siapa.....

    Kerana yakin sangat ,UMNO Pembela Bangsa,Menjaga Kepentingan Melayu,dari dolu ,kini,dan Selama lamanya.

    Kah!kah!kah!

    ReplyDelete
  3. Perisik Rakyat..
    Inilah dikatakan pelik tapi benar... Parti yang dikatakan menjaga kepentingan orang melayu akhirnya terpaksa menyiksa ahlinya demi kepentingan beberapa kerat pemimpinnya...Apakah mereka ini masih dengan slogan "siluncai terjun dengan labu-labunya....
    biarkan...biarkannn??

    ReplyDelete
  4. Ada statement berbunyi.."PLO tu sama dgn UMNO"...pernah dengar tak..?? Kalau jenis pekak dan buta memang lah tak tau....Ayuhhhh..Wahai kaum UMNO bangunlah dan tinggalkan mereka/siluncai serta labunya...Jangan dah jadi macam Palestin baru nak sedar...Masa tu dah terlambat....

    ReplyDelete
  5. UMNO tu Johor, Johor tu UMNO tapi bile jadi bende camni, rakyat dilayan dan bio kan mcm pendatang haram. Masukkan duit kat poket, hilang semangat perjuangkan hak rakyat, hak melayu.

    Tu pun taj geti-geti nak pangkah mana...! Hidup la macam orang Johor dulu-dulu... belah dada pun ada keris kat dalam... walau pun keris tu la yang menusuk jantung orang kita.

    Org lain perjuangkan hak semua diterima dan dipertimbangkan, org sendiri minta hak, guna timbang dacing reput... campak kat tong sampah. Mcmana nak memperjuangkan hak orang sendiri.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?