Saturday, October 11, 2008

Ketua Pemuda: Mukhriz terus mendahului

Dikemaskini 10.30 pagi Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

khairy mukhriz nominationSelepas 14 bahagian Pemuda selesai bermesyuarat, Mukhriz mendahului dengan lapan pencalonan manakala Khairy Jamaluddin memperolehi mpat pencalonan.

Bahagian yang mencalonkan Mukhriz ialah Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Manakala bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh dan Silam mencalonkan Khairy.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan
Kapar.

Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Ahli Parlimen Muar Datuk Razali brahim dan Exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican, masing-masing memperoleh enam pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan ukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz emperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.

nomination puteri umnoBagi jawatan ketua Puteri pula, sehingga ini, Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendapat 10 pencalonan; Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Samsuddin (6); Exco Puteri Umno Datin Ismalina Ismail (2); Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid (2) dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (1)

Sepuluh bahagian yang mencalonkan Rosnah adalah Kimanis, Padang Rengas, Tumpat, Pensiangan, Ketereh, Sipitang, Kuala Terengganu, Besut, Beruas dan Silam

Nanakala Shahaniza menerima pencalonan daripada bahagian Langkawi, Kudat, Keningau, Kuala Kedah, Sandakan dan Pokok Sena.

Dua pencalonan diperoleh Ismalina daripada bahagian Padang Serai dan Cheras manakala Bibi Sharliza memperoleh pencalonan dari bahagian Baling dan Padang Terap.

Azlina yang juga ketua Puteri Pulau Pinang, pula menerima pencalonan tunggal dari bahagian Tasek Gelugor.

Sementara itu, kira-kira 23 bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri yang bermesyuarat hari ini untuk memilih calon ketua pergerakan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat.

Antaranya ialah bahagian Jempol,Jelebu, Beruas,
Kalabakan, Pontian, Silam, Bagan Serai, Semporna, Kota Kinabalu, Kuantan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Taiping, Pasir Gudang dan Pagoh.

Manakala yang lainnya termasuk Pagoh, Kampar, Kota Melaka, Mersing, Cheras, Bandar Tun Razak, Bukit Bintang dan Titiwangsa.



-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?