SISTEM kewangan dunia mungkin menghadapi kerugian berjumlah AS$2.8 trilion (RM10 trilion) akibat krisis kewangan, kata Bank of England semalam.
Bank of England juga menjangkakan untuk memotong kadar faedah seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS) untuk menangani krisis tersebut.
Kerajaan Britian sebelum ini bersetuju untuk menyuntik sebanyak AS$4 trilion (RM14.33 trilion) ke dalam industri perbankan serta pasaran saham untuk mengelak berlakunya krisis kewangan terburuk dalam tempoh 80 tahun.
Duit yang datang dari thin air akan pergi ke thin air jua
ReplyDelete