Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan jawatan ketua Pemuda Umno apabila mendapat satu pencalonan dari bahagian Merbok semalam.
Berikutan itu, kini pencalonan yang diperolehi oleh exco pergerakan Pemuda Umno itu meningkatkan kepada 41 pencalonan.
Pencabar utamanya, Khairy Jamaluddin juga kini di tempat kedua, turut mendapat satu lagi pencalonan malam tadi - menjadi 21 setakat ini.
Mukhriz pencalonan daripada Pemuda Merbok manakala Khairy dicalonkan oleh bahagian Sekijang.
Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo turut mendapat satu lagi pencalonan dari Petaling Jaya Selatan.
Dengan itu, beliau kini memperolehii 13 pencalonan untuk menduduk tempat ketiga.
Seorang lagi calon iaitu timbalan ketua perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, kekal dengan satu pencalonan.
Bagi jawatan naib ketua Pemuda, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului kedudukan dengan mendapat 38 pencalonan.
13 mesyuarat hari ini
Semalam beliau mendapat dua lagi pencalonan dari Pemuda bahagian Merbok dan Sekijang.
Manakala Datuk Reezal Merican Naina Merican pula satu lagi pencalonan - menjadi 32 setakat ini - dari Petaling Jaya Selatan.
Empat lagi calon jawatan naib ketua Pemuda Umno ialah Bahrul Razha Chuprat, Faisal Abdullah, Marzuki Yahya dan Megat Firdaus Megat Junid.
Bahrul Razha mendapat dua pencalonan dari Kota Kinabalu dan Sepanggar, Faizal satu pencalonan dari Machang, Marzuki satu pencalonan dari Bagan dan Megat Fidaus satu pencalonan dari Gombak.
Sebanyak 12 bahagian Pemuda akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing hari ini.
Bahagian-bahagian berkenaan ialah Kubang Kerian, Kuala Nerus, Kemaman, Kuala Kedah, Pendang, Ledang, Batu Pahat, Sembrong, Putatan, Padang Terap, Tanjong Malim dan Selayang.
Mukhriz dijangka bakal mendapat tambahan pencalonan dari tiga bahagian Pemuda di Kedah iaitu Kuala Kedah, Pendang dan Padang Terap.
Khairy pula dijangka mendapat pencalonan tambahan dari Pemuda Perak iaitu Tanjong Malim, manakala Dr Mohd Khir dari Selayang.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?