KUALA LUMPUR 10 Okt. - Keputusan untuk meneruskan atau tidak misi penghantaran angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas hanya akan diketahui pada bulan depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, keputusan itu akan mengambil kira kestabilan ekonomi dan persetujuan Kabinet selain pandangan orang ramai.
''Analisis pertama yang diadakan di kalangan lebih 1,000 orang daripada golongan profesional dan ibu bapa mendapati 48 peratus daripada mereka bersetuju program ini diteruskan.
''Sementara analisis kedua yang diadakan menunjukkan peningkatan persetujuan kepada 68 peratus," katanya semasa merasmikan sambutan ulang tahun pertama Program Angkasawan Negara di Planetarium Negara di sini hari ini.
-Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?