PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa tengah malam ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.
Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.
berita sebelumnya :
PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.
``Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mana satu yang betul ni??? diesel turun seposen ke duaposen???
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?