Penetapan kuota bagi semua jenis rumah untuk Bumiputera di Kedah, yang dinaikkan daripada 30 peratus kepada 50 peratus, tidak menafikan hak mana-mana kaum, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Katanya, dasar baru itu telah dipersetujui anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi memastikan setiap rakyat terutama golongan kelas pertengahan mampu memiliki rumah sendiri.
"Keputusan ini juga dibuat selepas kajian mendapati masih ramai bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana kuota itu tidak mencukupi.
"Majoriti 1.5 juta (daripada kira-kira dua juta rakyat) adalah orang Melayu dan yang lain campuran India, Cina dan lain-lain dan kita ada banyak bukti apabila orang (Bumiputera) hendak beli rumah, pemaju kata sudah habis dijual," katanya dalam laporan Bernama.
Azizah memberitahu pemberita demikian di majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Sri Mentaloon, di Alor Star hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah Ricque Liew dalam akhbar hari ini yang mendakwa syarikat pemaju mungkin gulung tikar jika kerajaan negeri tidak memansuhkan dasar baru itu.
Liew yang mahu kerajaan negeri mengikut dasar kuota nasional 30 peratus mendakwa, langkah itu akan menyebabkan keuntungan penjualan balik hartanah yang dibeli oleh Bumiputera mengikut harga pasaran terhad.
Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri juga mahu pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik seperti kos sederhana berbanding berharga tinggi mencecah RM300,000 supaya mampu dibeli golongan pertengahan khususnya di bandar.
"Kerajaan nak pastikan rakyat mampu miliki rumah, kalau harga rumah lebih RM250,000, warganegara asing sahaja akan beli.
"Keputusan ini juga adalah demi kepentingan orang ramai tapi kalau cakap pasal keuntungan, memang (pemaju) akan tutup (gulung tikar). Tapi tak mungkin mereka akan tutup," katanya.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?