Wednesday, October 15, 2008

Pak Lah Cuba Lari Dari Tanggungjawab

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata peniaga wajar menurunkan harga barang keperluan selaras dengan penurunan harga minyak semalam.

Perdana Menteri berkata peniaga sepatutnya menurunkan harga barangan keperluan secara sukarela tanpa menunggu kerajaan bertindak.

"Itu adalah tanggungjawab sosial mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Program Semangat Merdeka 2008 dan perasmian Akademi Kenegaraan di Biro Tata Negara di Jalan Bellamy di sini.

Semalam, Abdullah mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bagi petrol dan 20 sen kepada RM2.20 seliter bagi diesel yang berkuatkuasa hari ini.

Beliau turut menyelar tindakan kebanyakan persatuan pengguna yang hanya menyerahkan kepada kerajaan untuk memantau dan mengatasi masalah itu tanpa mahu melakukan sesuatu bagi membantu menangani perkara tersebut.

"Mereka tidak mengambil apa-apa tindakan dan ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Jika persatuan pengguna ini mahu kerajaan mengawasi harga barang keperluan, maka mereka perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan," katanya.

4 comments:

  1. as kum/ jangan menuding jari kat pihak lain setelah kesilapan besar yang telah pak lah lakukan/ so kita sebagai rakyat yang menanggungnya/lain kali sebelum mengambil keputusan tanya NGO dulu / jangan ikut nafsu...lesu/ jangan ikut rasa...binasa/ siakap senohong gelama ikan duri/ cakap pembohong lama-lama jadi pencuri/ wallahualam

    ReplyDelete
  2. KERAjaan mempunyai BAPAK Menteri bagi setiap kementerian masing-masing, ade penasihat, ade mesyuarat kabinet, ade wakil rakyat, ade segala forum... tapi dalam mentadbir negara masih tak mampu membuat tindakan yang tepat. Ade MP kat parlimen pun setakat jadi Burung Belatuk takde telinge, enggeh aje ape BOSS cakap... bile pembangkang berhujah keluo takpun taknak terima. TAK PROFESSIONAL, TAK BERHEMAH... Yang boleh berfikir tu, fikir-fikir la sendiri...!

    ReplyDelete
  3. Bungaraya said,
    Betul apa ckp Pak Lah.
    Kerajaan telah turunkan harga minyak. Mungkin nanti turun lagi sehingga 1.92 sen sama spt dulu.
    Yang kamu asyik menyalahkan kerajaan apa hal. Cuba kita lihat bagaimana tamaknya para perniaga sehingga enggan menurunkan hargha setelah kerajaan turunkan harga minyak. Tak kan kerajaan salah jika perniaga yg tamak. Salah kerajaankah? Umpamanya kalau anda berak dibelakang pokok rambutan, sedangkan tandas tersedia berhampiran, apakah kerajaan yang salah. Kerajaan sediakan tandas dan anda berak juga ditepi jalan raya sehingga semua pengguna jalan raya nampak anda sedang berak. Kerajaan salah ke anda yang salah?.

    ReplyDelete
  4. PRINCENINE Said..



    ALAHAI BUNGARAYA...

    Orang ramai nak amik tindakan aper...?
    cuba GUNA pakai kepala hotak sikit...

    ORANG RAMAI NAK SAMAN PENIAGA,,,PASAL TAK TURUNKAN HARGA BARANGG....CUBA CAKAP...KITA ORANG NAK PAKAI UNDANG2 APER..??

    Orang ramai kalau mampu tak makan sebulan dan tak rase lapar...maka tindakan mungkin kita boleh amik...Ialah tak payah beli barang keperluan..selama sebulan..

    Ini harga barang naik pasal harga minyak naik ....kerana pemimpin Kesayangan lu yg tak reti nak kira benda benda simple dalam dunia perniagaan dan juga apa yg biasa nya peniaga fikir...

    JARANG JARANG...PENIAGA AKAN TURUN HARGA BARANG YG DIA TELAH NAIKKAN...ITU PUN MAMAT PM YG nak pencen tak reti nak fikir ke...?

    Cuba lar macam lu...kalau masih bekerja lah...

    KALAU KOMPENI LU ..RUGI ATAU UNTUNG MEROSOT...LU SUKA KE ATAU LU PEGI CADANG KAT TAUKE...TOLONG TURUNKAN GAJI LU SEBAB ...BISNESS DAN MEROSOT...?

    GUNA LAH AKAL FIKIRAN WAHAI SI BUNGA RAYA....
    YG CONTOH YG LU BAGI TU PASAL BERAK BELAKANG POKOK...YG NI LU KENE CAKAP KAT PM KESAYANG LU...

    " LU ORANG DAH BERAK...LU SURUH RAKYAT MINTA CUCI BERAK LU OLANG KAR...PODAHHH.."

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?