KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini dukacita kerana telah berlaku satu kesilapan kecil dalam penyiaran berita/percetakan artikel yang menyentuh kenyataan akhbar khas Raja-Raja Melayu semalam.
Menurut beliau, ada pihak yang melaporkan bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan dan keputusan yang diperbuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
"Apa yang sebenarnya ialah bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang diperbuat dan diputuskan sebelum baginda berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Okt 2008," jelasnya.
Kenyataan Akhbar Khas Raja-Raja Melayu itu adalah berhubung hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?