Wednesday, October 29, 2008

Pertandingan dalam UMNO tidak adil

Shahidan habaq - Pertandingan merebut jawatan peringkat Majlis Tertinggi UMNO pada masa ini tidak berapa adil.

“Mereka dari negeri kecil payah sebab perwakilan kecil. Tetapi dalam persatuan dan persatuan sukan boleh sebab mereka hantar jumlah perwakilan sama. Kalau duduk di Perlis payah sikit,”

Aik?dulu masa hang jadik MB tak dak dengar pun pasal masalah-masalah macam ni?sekarang bila dok dekat bawah baru nampak ya?

Nilah masalah utama dalam parti "gergasi" UMNO...yang dok dekat atas selalunya "terlalu selesa" dengan kedudukan langsung tak pernah terfikir masalah-masalah macam ni.

Benda yang sama jugak berlaku pada Che'Det...masa dok atas menjawat jawatan tertinggi, semunya Che'Det bilang "ok"...UMNO the best, organisasi lain semua tak best.tapi bila dok kat bawah sekarang, tiap-tiap hari kita dapat baca komen Che'Det samada dalam blog dia ataupun dalam akhbar harian berkenaan ketidak pusan hati Che'Det dalam organisasi yang diterajui dulu.

Hal yang sama jugak berlaku kepada bekas-bekas Pi Em kita yang sebelum-sebelum ni. semuanya mula berkokok sebaik melepas jawatan tertinggi dan kesemuanya mengambil keputusan keluar dari parti UMNO kerana merasakan perjalanan parti tidak betul.

Lepas ni kita bakal lihat Pak Lah pulak berkokok lepas dia letak jawatan Pi Em bulan mac ni,tu pun kalau Pak Lah letak jawatan...kalau Pak Lah tak letak jawatan, aku percaya Pak Lah akan cakap UMNO is GOOD..!kenyataan badigol macam Pi Em yg lepas-lepas.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?