Thursday, October 09, 2008

Proksi KJ Tawar Diri Tanding MT UMNO

Proksi Khairy Jamaluddin yang diangkat sebagai Menteri iaitu Ayah Dafi kini mula mengorak langkah. Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Menteri Belia Dan Sukan (Ikhsan) shari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera di Pahang berkata beliau mengambil keputusan itu bagi membolehkan dirinya yang menjaga Kementerian Belia dan Sukan membawa suara golongan muda ke dalam MT. "Saya menawarkan diri untuk bertanding MT jika ada pencalonan dan sokongan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Memperkasakan Pertubuhan Belia 2008 peringkat negeri Terengganu, di sini malam tadi.

Ismail berkata suara golongan muda perlu diberikan perhatian kerana kira-kira 46 peratus daripada penduduk negara ini adalah terdiri daripada golongan muda. Maka itu suara ini amat penting didengari oleh parti kerana 200,000 golongan itu mendaftar sebagai pengundi setiap tahun. "Segala masalah belia boleh dibawa ke dalam Majlis Tertinggi melalui saya jika sekiranya saya diberi peluang untuk berada dalam MT nanti. "Bagaimanapun ia bergantung kepada pencalonan yang bakal saya terima nanti, kalau ada sokongan dan ada pencalonan saya akan bertandinglah," katanya.-Pahang Daily

Sumber:
mStar Online

[Nampaknya kroni si Khairy ini pun dah mula merayu serta menagih simpati agar beliau dipilih sebagai calon untuk bertanding ke jawatan MT UMNO. Namun, jika dilihat kepada senario semasa, sudah pasti Ismail Sabri bakal kecundang seperti apa yang akan berlaku kepada Khairy. Perlantikan beliau ke jawatan menteri adalah ikhsan Khairy sebenarnya. Kerana sebelum ini, heboh diperkatakan Khairy akan mengambil alih portfolio itu dari Azahlina. Namun, melihat prestasi buruk BN dalam pilihanraya umum lalu, Khairy takut untuk ke depan. Maka akhirnya Ismail Sabri jadi batu loncatan. Habis semua projek KBS dimonopoli mereka].

-Pahang Daily

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?